Followers

Google+ Followers

Thursday, September 17, 2015

Cara Membuat Playdough Sendiri di Rumah

Yeayyyy...!!! akhirnya berapa lama tertangguh nak buat playdough dekat mukhlis dengan mayra tau. Asyik beli je. Playdough dekat Toys R us tu mahal tapi beli gak sebab nak yang non toxic. Konon selamat untuk anak2. Dah la dapat sikit je. kihkih. Pastu dah lama puasa pegi Mall ni, anak2 pegi stationery dekat rumah je mesti cakap nak beli playdoh mama .. aiyaakkk.. suka sangat kot.

hari ni diorang tak pegi sekolah. so ni lah aktiviti untuk diorang hari ni. Homemade Playdough! diorang buat sendiri tau. mama tolong uli bagi rata je. Habis kotor satu dapur :P

Nak resepi tak? serious resepi ni memang senang. pejam mata leh siap. 

bahan-bahannya:

2 cawan tepung
2 sudu kecil cream of tartar (tekstur dan kaler nampak cantik)
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan garam halus
1 cawan air mendidih
pewarna- saya guna 6 jenis color. terpulang pada anak la nak kaler apa. hehe

Masukkan semua bahan kedalam bekas kecuali air panas dan pewarna. gaul sehingga sebati meresap. 
Masukkan air mendidih dan kacau dengan sudu. Bila dah rasa suam sikit boleh gaul dengan tangan balik. Uli2 sampai sebati. takde melekat2 dah.

Bahagi kan dan campur dengan pewarna. Kalau ada plastik sarung tangan tu lagi bagus. takde la warna tu melekat kat tangan. hehe

Kalau nak buat banyak warna, bahan2 tu kena double. jadi leh dapat 6 bekas macam bekas mija tunjuk kat bawah tu. 

Boleh buat banyak dan simpan dalam peti sejuk. Inshaa Allah tahan berbulan2. Jimat kan? Dan sudah pasti ianya aktiviti yang menyeronokkan :)



Semua dapat 6 kaler. Kaler ni diorang yang request. Nanti nak buat kaler hitam dan putih. boleh la Buat mata.. cantik sket :)

Ni burger sayur mukhlis cakap :)

Siput

bunga



Dah jangan fikir je tapi tak buat. Kesian anak2. hahaha. saya cakap ni sebab pengalaman sendiri. Tangguh je. Seb baik buat juga :)

SELAMAT MENCUBA..! 

Nanti share lah 

Saya tengah meng google image2 untuk tunjuk pada anak2 buat dengan playdoh. 

Wednesday, September 16, 2015

Logo group shaklee bawah organisasi saya


Cantik tak uols? Any comment? hehe. Saya terbuka hati menerima sebarang komen :)

Masalah Kulit Kusam, Gelap, Jerawat, Jeragat dan Cara Mengatasinya



Wanita sinonim dengan kecantikan. Betul tak? Perasaan nak cantik sanggup beli make up dan macam2 jenis krim untuk menutup cela dimuka? Muka bukan main lawa tapi bila tengok tangan macam tangan orang tua..! oooppppsss..! Maaf jika anda terasa. Tapi tahu kah anda punca muka nampak kusam? stress? Naik jerawat. Jeragat? pakai bedak nampak bertompok tompok disebabkan kulit kering?

Ia adalah faktor dalaman sel anda yang tidak sihat. itu bermakna anda sebenarnya kekurangan protein untuk membantu sel-selanda menghasilkan sel yang sihat, Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan dan cerah sekata. 

Buat mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam,puncanya adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut. Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Saya sangat-sangat mencadangkan anda mengambil protein ESP dari Shaklee kerana ianya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.





Tengok la kulit2 model2 ESP ni. 

Punca berlakunya kulit kusam dan cara mengatasinya

Perasan tak, Bila kita dah make up, pakai bedak lawa-lawa, tapi rasa muka nampak kering, nampak tak kena. tapi tak tahu kat mana tak kena.Tak bermaya dan tak seri. nampak muka tak fresh. Nak kata tak cukup tidur, dah cukup (melainkan anda pasti ianya tak cukup.. hihi)

Jika korang pernah mengalami situasi begini, bermaksud korang memang ada masalah kulit kusam.

Antara faktor utama adalah

1) Stress - stress yang berlebihan boleh menggangu emosi dan kesihatan kita. Kalau tak dapat control stress, ianya boleh menjejaskan kualiti hidup kita. salah satunya buat kulit wajah kita kelihatan tidak bermaya dan menyumbang faktor penuaan cepat. Jadi, cara mengatasinya, tangani stress. elakkan stress membuatkan anda jadi kemurungan. atau dengan cara lain boleh cuba Bcomplex. ianya sangat membantu sebagai anti stress.

2) Diet tidak seimbang - Punca utama orang Malaysia termasuk saya ni suka makanan manis dan berlemak. Betul tak? Makanan berminyak, berlemak ni la puncanya terjadi Jerawat, malah menyebabkan kulit semakin kusam, kering atau berminyak. Bukan bermakna langsung tak leh ambil, cuma kurangkan. Cara mengatasinya adalah, Kena semak balik pemakanan harian kita dan pilih makanan yang kurang lemak, minyak dan manis. Amalkan  diet pemakanan yang seimbang,

3) Sinaran Matahari - juga antara punca terjadinya kulit kusam. Kurangkan aktiviti direct matahari. Maksudnyabukan hari2 . Jangan berjemur terlalu lama. Selain ianya boleh menyebabkan kulit kusam, Berjemur juga boleh menyebabkan 'sunburn'. Dan jangan terkejut kalau tengok muka anda lebih tua dari sepatutnya. hihi.

4) Tidak cukup tidur - tidak cukup tidur boleh menghasilkan 'eye bag' . hehe. Lingkaran gelap bawah mata. tu tanda orang tak cukup tidur. Selain itu jerawat!! Ramai takut kan jerawat. sama juga saya. hihi.. Gelisah betul kalau rasa macam ada jerawat nak tumbuh. ihikss.. So cara mengatasinya, buatlah jadual sebaiknya untuk memastikan kerja2 harian kita berjalan dengan lancar dan dapat tidur secukupnya. Pada yang kerja shift tu tak dapat la nak tolong. hehe. takpe, kalau itu adalah rutin kita, lama2 ianya akan terbiasa. Pastikan waktu tidur tu tidur sepenuhnya. 

Saya sendiri atasi masalah saya ni dengan ESP. dari tahun 2011 saya ambil ESP dan serious ianya sangat membantu untuk saya dapat kulit yang sihat. :)

Jom tengok apa kata mereka yang dah mengambil ESP sebagai makanan harian diorang. :)

Customer saya ni ayah, mak, adik beradik, mak sedara semua makan esp. ni testimoni baru sehari ni. hihi










Nak cuba ESP jangan segan silu untuk hubungi mija 0179350152. Sebab Bonusnya bulan ni uols dapat harga PROMOSI tau..!!










Tuesday, September 15, 2015

Semak bacaan IPU, Malaysia



Semalam keluar news Kuala Lumpur, Selangor, negeri Sembilan, Melaka dicutikan disebabkan bacaan ipu jerebu makin tinggi dan membahayakan. Apa yang kita tahu, bacaan IPU makin tinggi bermakna semakin tinggi tahap pencemaran udara. 

Dibawah ini ditunjukkan panduan memakai topeng Jerebu sebagai pelindungan dari udara yang tercemar. 

Tindakan yang perlu diambil semasa jerebu

  • kurangkan aktiviti diluar rumah 
  • Jika terpaksa berada diluar (outdoor) pastikan memakai penutup hidung (topeng)
  • Kurangkan sumber pencemaran didalam rumah. Contohnya asap rokok
  • Banyakkan minum air kosong 
  • Basuh tangan, kaki dan muka selepas aktiviti di luar rumah

Kesan Kesihatan Terhadap Jerebu

  • Masalah pernafasan yang kronik
  • asma
  • Radang paru paru
  • Sakit jantung
  • Sakit Tekak
  • Sakit mata
  • Batuk
  • Selesama
  • Demam

Panduan Memakai Mask

Semakan Bacaan IPU Secara Online

Anda boleh menyemak secara online bacaan IPU (atau dalam bahasa mudahnya indeks jerebu) masa-sebenar (real-time) di lokasi atau kawasan berhampiran anda di bawah. Jika kawasan anda tiada pada senarai, silanavigate ke kawasan anda menggunakan peta interaktif yang disediakan.
Warna pada bacaan merujuk kepada klasifikasi tahap IPU. Untuk mengetahui kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia, padankan warna pada bacaan dengan jadual implikasi kesihatan di hujung post ini.
Untuk melihat perincian dan graf perubahan bacaan IPU sesuatu kawasan (berdasarkan stesen pemantauan kualiti udara terdekat), klik pada bacaan IPU untuk kawasan tersebut. Jika anda layari internet dari luar Malaysia, klik SINI untuk semak bacaan IPU Malaysia.



Jaga Kesihatan ye,Saya pula akan pastikan kami sekeluarga sentiasa mengambil NUTRIFERON untuk mengelakkan masalah kesihatan :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...