Followers

Google+ Followers

Monday, May 28, 2012

TRIAL PACK


Nak Cuba Shaklee..! Tapi Kurang Budget..! ;)

Salam sejahtera.., 



Pernah dengar produk Shaklee..?
Bila sebut sahaja Shaklee.., yang ada dekat fikiran kita ialah perkataan "MAHAL"
Jangan Risau.., kami ada penawar kepada maslah anda semua..


Kini anda boleh dapatkan Shaklee 30 days Trial Pack dengan harga mampu beli serendah dari RM70-00! Terdapat set A sehingga set G. semua set dibawah adalah free delivery.

Contoh Trial Pack Shaklee 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Trial Pack SET A (Optimum/Basic):
30 tabs Vita-Lea, 30 tabs B-Complex,
45 tabs Vitamin C


Trial Pack SET B (Breastfeeding):
30 tabs Vita-Lea, 30 tabs B-Complex,
30 tabs Vitamin C & 60 tabs Alfalfa.

Trial Pack SET C (Confinement):
40 tabs Vita-Lea, 40 tabs B-Complex,
40 tabs Vitamin C and 40 tabs Zinc.
+ 80 tabs Alfalfa (milk booster).

Trial Pack SET D (Skin Care):

30 tabs Vitamin E Complex,
30 tabs B-Complex
30 tabs Vitamin C.
*Bagus utk kesihatan jantung

Trial Pack SET E (set b + OsteoMatrix/Calcium) :
30 tabs Vita-Lea, 30 tabs B-Complex, 30 tabs
Vitamin C, 60 tabs Alfalfa & 1 bottle Osteomatrix.

Trial Pack SET F (Feminine):
30caps Vitamin E & 90 tabs Alfalfa.

Trial Pack SET G (Resdung.Asma.Allergy) :
30 tabs B-Complex, 60 tabs Vitamin C
& 120 tabs Alfalfa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apa lagi.., jangan lepas kan peluang untuk sama-sama menikmati kehidupan yang sihat dengan Set Shaklee yang "mampu milik" untuk setiap penggunan..! Jangan malu-malu sms saya untuk dapatkan harga pek percubaan yang menarik..! 

"Kesihatan yang sempurna adalah hak milik setiap insan"

Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152

CARA PENYIMPANAN SUSU IBU

NAK SIMPAN SUSU IBU CEREWET SKET YE.. BUKAN MUDAH.. PENTING TU MENGEAKKAN SUSU IBU ROSAK

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  •  breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu


 Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  • Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  • Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  • Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  • Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan


Expressed Breast Milk (EBM).. Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  1. bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  2. catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  3. simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  4.  jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  5. susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  6. jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  7. sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  8. jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk


Maklumat Tambahan


  • Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).


  • Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.



  • Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.


  • Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

  • Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League


Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152

TEKNIK POWER PUMPING



saya nak share mengenai teknik power pumping.. Jom kita baca tentang teknik berkesan POWER PUMPING..

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langs
ung meningkatkan bekalan susu ibu.
 
Siapa yang perlukan Power Pumping?
 
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
 
Macam mana nak buat Power Pumping?
 
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, 
tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
 
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.
 
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
 
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Tips umum mengepam

  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu

  • Pum setiap 2-4jam sekali

  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)



Happy pumping mummies!



Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152

Sunday, May 27, 2012

VITAMIN E JUGA DIKENALI SEBAGAI VITAMIN CINTA


Sekilas Fakta: Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Khasiat Vitamin E :
· Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
· Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
· Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
· Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
· Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
· Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
· Merendahkan kadar kolesterol.
· Membantu mencegah kanser.
· Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
· Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.
Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia



selain itu vitami E juga dipanggil vitamin CINTA!! kenapa ya?
jom kita baca ap yang google ckp

Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekananNitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.
Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.
______________________________________________________________________________
Credit to http://www.mamafaiz.com for google info.. hihi


Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152

AMALAN BULAN REJAB


Rasanya maih belum terlambat untuk saya post artikel mengenai kelebihan di bulan rejab kerana kita baru sahaja memasuki bulan mulia ini selasa yang lepas kan? hehe.. saya2 kita tingkatkan amalan kepada Maha Pencipta Allah SWT.. sesungguhnya segala kerunsingan, ketenangan hati datang drNya.. 

Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
AMALAN SEPANJANG REJAB

1. Bersolat
  1. Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
  2. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Tasbih.
2.Bertaubat

Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga. Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
  1. diampunkan dosanya yang lalu.
  2. dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
  3. terlepas dari dahaga di hari kiamat.
3. Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.
4. Bertasbih:
5. Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.
6. Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.
7. Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.
8. Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari.
9. Membaca Al-Quran.
Istigfar : Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Dan banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.
10. Antara istighfar sepanjang Rejab yang diamalkan baginda ialah Penghulu Istighfar:
Sayyidul Istighfar.
اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّىْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ خَلَقْتَنِىْ وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِىْ فَاغْفِرْلِىْ، فَإِِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اَنْتَ.
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.


sama2 kita tingkatkan amalan kita sebagai bekalan disana.. kita x tahu bila kita akan dijemputNYA.. semoga kita sama2 mendapat taufik dan hidayahNYA dan jauhkan diri kita dari sebarang kelalaian dunia yg menyebabkan kita lupa akan DIA.. peringatan kepada diri sendiri juga :) insyaALLAH

credit to http://www.mamafaiz.com for the info

ingin mencuba supplement shaklee? hubungi saya melalui sms ke 0179350152 untuk konsultasi secara percuma atau add fb Hamizah che mat tuk chat secara direct.. :)
______________

UTK KESIHATAN OPTIMUM

salam semua.. 

penah x anda semua rasa sgt letih? tidak bermaya.. jadual kerja yang padat shingga tiada masa untuk diri sendiri? x sempat makan ikut jadual? kadang2 rasa tidur kita mencukupi tetapi masih rasa mengantuk dan keletihan? dibawah saya listkan punca2 sebenarnya anda keletihan, kelesuan dan tidak bermaya..


Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?
‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.
Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.
jadi, supplement shaklee dlm set A sangat2 membantu.. dlm set A terdiri drpd
  • Vitalea (Multivitamin terbaik dengan zat besi)
  • Vitamin C
  • B-complex
untuk siapa set A ni ye?

  1. sesuai untuk lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan yg menyeluruh tidak kiralah preggy mom, breastfeeding mom, pelajar, warga tua)
  2. untuk individu yang cepat letih, tidak bermaya, lesu dan kerap stress terutama yang bekerja
  3. individu yang kerap demam dan mudah berjangkit seperti selesema dan sebagainya
  4. yang mudah mengantuk.. 
  5. untuk pelajar bagi mengelakkan mengantuk ketika sesi pembelajaran, letih dan sbgnya
  6. individu yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang di dalam diet shariannya kerana terlalu sibuk dan sbgnya
  7. ibu mengandung yang mengalami darah rendah kerana vitalea mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah
Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152

Saturday, May 26, 2012

SET PENYUSUAN MANA YG SESUAI?

sebenarnye ramai yang keliru nak pilih set penyusuan yang mana kan? banyak sangat kan? hehe.. sebenarnya simple je..
kepada ibu2 yang dah habis fasa berpantang.. dan anak x mengalami masalah G6PD.. anda boleh ambil mane2 set dibawah dan semestinya yang terbaik ialah SET 3M!!
semuanya bergantung kepada budget anda. jika budget sgt terhad boleh cuba set E dimana kesannya juga bagus.. yang beza tiada esp shaja.. dan kalau ibu2 memang sgt2 kekurangan budget saya cadangkan mengambil set B. 
dibawah ni saya nyatakan Set2 yang ada untuk penyusuan.. smuanya ade kelebihan masing2

  • mengandungi 4 supplement (vit C, B-complex, multivitamin, alfalfa)
  • sesuai untuk ibu2 yang tiada masalah penyusuan, sekadar menambah nutrisi susu ibu sajaha :)
SET EU FOUR PACK
  • mengandungi 4 supplement (vit C, B-complex, multivitamin, kalsium)
  • sangat sesuai untuk ibu berpantang
  • sangat sesuai untuk ibu yang mengalami kemuruduman susu ketika haid (PMS)
  • jika anak ada G6PD, set ini yang paling sesuai
SET E
  • mengandungi 5 supplement (vit C, B-complex, multivitamin, kalsium, alfalfa)
  • sangat sesuai untuk ibu yang mengalami kemuruduman susu ketika haid (PMS) 
  • set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding 2 set diatas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk booster
  • mengandungi SET E + ESP
  • SET PENYUSUAN TERBAIK KERANA ADA 3 MILK BOOSTER (esp, kalsium n alfalfa)
  • sangat dicadangkan untuk ibu2 yang mengalami kemuruduman susu / susu x cukup / sedikit
  • bagi ibu2 yang mula ingin menyimpan stok.. set ini adalah paling terbaik
jika mommy memilih set lain selain set 3m.. mommy boleh tambah esp untuk hasil yang super duper hebat!! power!!dan mommy2.. nk bgtau.. esp ni sgt2 la besttttt!!

x salahkan mencuba? bukan sekadar untuk tambahkan susu badan tapi membantu ibu lebih sihat, bertenaga, dan mencantikkan kulit.. sape x nk kn? klau mommy2 amik ESP, mommy jugak akan dapat kebaikan lain seperti menanjalkan payudara yg kendur.. all in one.. jom la cube!! siyes cakap.. x kan rugi!!

Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152

ESP produk terlaris!!

hari ni saya nak share mengenai kelebihan ESP yang sentiasa menjadi hot demand dikalangan pengguna ESP :)




pada mulanya saya minum ESP sebab nk rase bertenaga masa preggy. but then, saya terasa kelainan pada tubuh badan saya sendiri n jugak susu sgt2 meriah!! (skang anak 2bulan)


apa kelainan yang saya rasa? meh saya list kan ye




  • kulit badan terasa licin.. x kesat.. tumit kaki xde lagi merekah rekah tu.. licin je.. sgt2 best la bila perasan tumit x pecah mcm dulu lg

  • kulit muka jadi berseri, anjal n gebu.. alhamdulillah.. haha.. btw, ni entry yg up diri sendiri.. dulu kulit muka lembik je.. isi bawah lengan ni lembik-->ni slalu kakak aku kutuk.. punggung pn xde shape langsung.. lembik.. hahaha.. tp mmg btol.. ikhlas sy cakap.. skang smua nya da ok balik.. da anjal uuu!!! hahaha

  • badan yang dulu rasa penat smua da hilang.. rasa bersemangat.. x letih bila kena berjaga malam bangun susukan si manja.. -->bukan susu smbil baring ye.. hehe.. best sgt2.. da xde tido petang2 nih.. siyes ckp mmg rase sgt2 bertenaga.. dulu masa sy intern (sbb skang fully study lg).. balik2 keje penat.. x masak.. asyik nk tido je.. anak biar kt husband je yg layan (time tu anak sorg).. smpai kadang2 sy penat sgt sy marah anak sy kacau sy.. teruk kan saya? hihi.. skarang x lg.. 

syukur sgt2 dipertemukan dengan shaklee.. x menyesal.. sbb tu la sy sgt2 nak share dengan anda semua pasal kelebihan shaklee.. kebanyakan yg saya cakap mengenai produk shaklee semua saya cuba dulu.. bukan men cakap je ye.. hihihi..





fakta: Pengambilan protin adalah sangat diperlukan bagi makanan sel sel dalam badan kita.. sel badan yang sihat akan menjamin penyerapan vitamin vitamin lain yang kita makan dengan lebih efektif dan optimum


anda2 diluar sana!! jom cuba ESP untuk sihat dan cantik secara semula jadi.. cubalah.. anda x akan menyesal.. klau untuk cantik saya cadangkan pengambilan ESP dengan vitamin E.. mmg berbaloi baloi.. 

Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB.

Friday, May 25, 2012

SET TERBAIK UTK IBU MENYUSU

Alhamdulillah sekarang ramai yang dah sedar tentang kepentingan supplemen, bukan untuk menjadikan susu yang sikit tiba-tiba menjadi banyak, tapi untuk faedah bersama anak dan ibu.

Bagi ibu yang menyusukan, kenapa supplemen begitu penting? Ibu yang menyusu mempunyai tugas berat, malah mungkin melebihi tugas ibu hamil yang dibekalkan macam2 supplement bagi mengelakkan komplikasi semasa mengandung dan melahirkan. Ibu yang menyusukan sudah tidak mendapat ‘privilege’ seperti ibu hamil yang diberi ‘excuse’ dari kerja-kerja berat dan sebagainya. Ibu menyusukan perlu kembali kepada kehidupan biasa, dan bertambah-tambah lagi kerjanya kerana terpaksa mengepam susu (terutama ibu bekerja). Ada yang hanya tidur selama 2-3 jam saja sehari semalam untuk memenuhi misi penyusuan ini.

Supplemen bukan bahan ajaib. Ia sepatutnya menjadi penyokong kepada tubuh badan kita dalam mendapatkan nutrien perlu yang mungkin:

  • kita tak perolehi dari pemakanan harian
  • musnah dalam proses pembuatan makanan
  • tidak dapat diserap oleh tubuh
  • dimusnahkan oleh bahan-bahan asing contohnya pencemaran
Suka atau tidak, hakikatnya kita makan untuk rasa kenyang, bukan untuk sihat. Walaupun makanan diambil mengikut piramid makanan, namun ada banyak faktor yang menghilangkan kualiti makanan yang kita ambil, terutama makanan yang dibeli. Salah satu sebab yang jelas ialah, kita tak tahu bila makanan tersebut dimasak, terutama nasi campur.
Jadi, untuk ‘cover’ semua itu, dipermudahkan dalam bentuk supplemen.


Shaklee mempunyai rangkaian produk khas untuk ibu menyusu kekal cergas, sihat, bertenaga sepanjang hari, membantu mencukupkan keperluan nutrisi juga membantu penghasilan susu yang lebih baik. Saya sendiri mengambil set penyusuan Shaklee sejak bersalin sehingga sekarang  ;) Set nie 3M yang paling best utk sy yg terdiri drpada


ni la set 3m 

  1. sangat2 dicadangkan untuk ibu2 yang mengalami kemeruduman susu/ susu sedikit.
  2. ibu2 yang mula menyimpan stok ebm
  3. sesuai untuk ibu2 yang ingin relaktasi
menyusukan anak tidak susah dan tidak semudah yang disangka. perjalanan penyusuan yang panjang ini menuntut ibu2 untuk bekerja keras untuk pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi dari pemakanan yang sihat. namun berapa ramai ibu ibu yang betul2 menjaga pemakanan yang berkhasiat? ingat! apa yang ibu makan adalah apa yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu.. pada saya supplement sangat2 membantu agar ibu ibu mendapat khasiat harian yang mencukupi dan tumbesaran anak yang baik dah sihat. 

mummy2!! pilihan ditangan anda untuk beri yang terbaik untuk anak2 anda.. anda yang mencorakkan masa depan mereka. 

'jika seorang wanita menyusui anaknya sehingga 2 tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya' 


Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...