Followers

Google+ Followers

Sunday, May 27, 2012

AMALAN BULAN REJAB


Rasanya maih belum terlambat untuk saya post artikel mengenai kelebihan di bulan rejab kerana kita baru sahaja memasuki bulan mulia ini selasa yang lepas kan? hehe.. saya2 kita tingkatkan amalan kepada Maha Pencipta Allah SWT.. sesungguhnya segala kerunsingan, ketenangan hati datang drNya.. 

Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
AMALAN SEPANJANG REJAB

1. Bersolat
  1. Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
  2. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Tasbih.
2.Bertaubat

Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga. Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
  1. diampunkan dosanya yang lalu.
  2. dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
  3. terlepas dari dahaga di hari kiamat.
3. Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.
4. Bertasbih:
5. Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.
6. Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.
7. Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.
8. Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari.
9. Membaca Al-Quran.
Istigfar : Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Dan banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.
10. Antara istighfar sepanjang Rejab yang diamalkan baginda ialah Penghulu Istighfar:
Sayyidul Istighfar.
اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّىْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ خَلَقْتَنِىْ وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِىْ فَاغْفِرْلِىْ، فَإِِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اَنْتَ.
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.


sama2 kita tingkatkan amalan kita sebagai bekalan disana.. kita x tahu bila kita akan dijemputNYA.. semoga kita sama2 mendapat taufik dan hidayahNYA dan jauhkan diri kita dari sebarang kelalaian dunia yg menyebabkan kita lupa akan DIA.. peringatan kepada diri sendiri juga :) insyaALLAH

credit to http://www.mamafaiz.com for the info

ingin mencuba supplement shaklee? hubungi saya melalui sms ke 0179350152 untuk konsultasi secara percuma atau add fb Hamizah che mat tuk chat secara direct.. :)
______________

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...