Followers

Google+ Followers

Tuesday, June 12, 2012

GABUNGAN VITAMIN TUK KULIT


JOM KITE BACE APE UTUSAN MALAYSIA TULIS 18
APRIL 2011



Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali
dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai 
kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-
tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu 
penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap 
hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh 
demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita 
pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk 
kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui 
penghasilan kolagen.




Vitamin A

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih  
rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara  
kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang  
teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras  
konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza  
berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.



Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah: 

1)  Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.

2)  Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.

3)  Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.




Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta Karoten
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Zink
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.


Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini 
sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit 
sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan  
pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari 
atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem 
imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat  
dengan amalan pengambilan formulasi ini. 
Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan 
selenium yang turut ditambah dengan kumpulan 
vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 
bermanfaat untuk melengkapkan tindakan 
sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh 
melawan radikal bebas.



Sumber : Utusan Malaysia

Kelebihan vitamin E shaklee kerana adanya SELENIUM yg 
tidak terdapat pada vitamin e lain..
so, pilihan di tangan anda.. nak cantik tp kena pastikan 
kandungan vitamin tu juga ye


Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...