Followers

Google+ Followers

Sunday, September 30, 2012

HALAL

Ni saya copy paste isu halal SHAKLEE kononnya ada yg tidak halal :)


Mengapa saya tidak was-was?

Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia 
tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi 
persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk 
untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang 
dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam 
dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang daripada 
upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri proses pembuatan produk.


Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya Hanis Amin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee 
bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada 
tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh 
bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. 
Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee 
bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak 
menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara 
adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah 
pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard 
Dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. 
Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. 
Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini 
tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat 
penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, 
saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi 
talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada 
customer service yang nak layan.

Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of 
Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.






















Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang 
cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang 
menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah










Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection 
of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the 
marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. 
For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary 
needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food 
and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia 
adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat 
ontoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.
SHAKLEE AMERIKA


SHAKLEE JAPAN















SHAKLEE MALAYSIA
SHAKLEE CANADA





















Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.

Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang
dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia.
Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status produk Shaklee.

Saya sendiri berpengalaman 6 tahun di negara Jepun. Jadi saya akan bertanya kepada Shaklee
Jepun untuk membeli produk di Negara Jepun bukannya dengan Shaklee Malaysia kerana
Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun.
Credit

_____________________________________________________________________________________
So, rasanya x perlu lagi kot isu ni timbul lagi.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...