Followers

Google+ Followers

Monday, January 14, 2013

PENYUSUAN SUSU IBU PILIHAN TERBAIK


SEMUA IBU-IBU DIGALAKKAN MENYUSUI ANAK DENGAN SUSU IBU SAHAJA SEBAIK DILAHIRKAN SEHINGGA BERUSIA 6 BULAN DAN MENERUSKAN SEHINGGA MENCAPAI UMUR 2 TAHUN



AWAL DALAM MASA 1 JAM SELEPAS BERSALIN

Susuilah bayi anda secepat yang mungkin dalam tempoh 1 jam selepas bersalin.
  •  Ini penting untuk meransang proses penghasilan dan pengaliran susu berterusan.
  • Bayi mempunyai naluri hisapan yang kuat selepas dilahirkan.
  • Membantu dalam pengecutan rahim mengelak pendarahan selepas bersalin. 
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

Teknik penyusuan susu ibu dengan betul



Teknik penyusuan yang betul..Credit google


Cara pegangan C

Ibu perlu mengampu susu dengan tangan.Pegangan begini akan membantu bayi merangkum tompok hitam dan menghisap dengan baik. 

                                                              Credit from google

Cara pegangan C.




Cara bayi mengambil payudara

1) Sentuh bibir bayi dengan puting untuk merangsang bayi membuka mulut.
2) Tunggu mulut bayi terbuka luas.
3)Rapatkan bayi kearah payudara.
4) Pastikan mulut bayi merangkumi tompok hitam.

                                                          Credit dari google

                                                      Cara bayi mengambil payudara


Pelengkapan yang betul

* Mulut terbuka luas.
* Bibir melengkung keluar.
* Dagu mencecah payudara.
* Pipi gelembung.
* Puting panjang dan bulat selepas menyusu.

Faedah-faedah kolostrum
  1. Kaya antibodi - melindungi bayi dari jangkitan dan alahan
  2. Kaya sel darah putih - melindungi dari jangkitan
  3. Kaya vitamin A & E
  4. Faktor pertumbuhan - kematangan usus dan mencegah alahan
  5. Sejenis Laksatif - mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  • ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat


2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain

  • Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
    • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
    • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
    • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
    • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
    • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Faedah Ibu dan Anak bersama (Rooming In)

* Merangsang penghasilan dan pengaliran susu Ibu.
* Ibu boleh menyusu mengikut kehendak bayi.
* Mengelakkan bengkaknya payudara.

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

  • Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
  • Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.
2. Diabetes.

  • Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.
3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

  • SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.
4. Masalah pernafasan.

  • Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
  • Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.
5. Jangkitan telinga.

  • Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.
6. Kanser.

  • Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.
7. Jangkitan saluran pencernaan.

  • Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
  • Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.
8. Keberkesanan vaksin.

  • Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
  • Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
  • (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)
9. Perkembangan rahang dan otot muka.

  • Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
  • Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
  • Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.
10. Obesiti

  • Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.

Friday, January 11, 2013

ESP TERBAIK



Adakah anda mengalami simpton- simpton berikut :
  1. Kulit wajah yang kusam?
  2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
  3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
  4. Rambut sering gugur?
  5. Lemah dan tidak bertenaga?
Tahukah anda ia antara punca kekurangan protien?

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
  1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah) 
  2. Kidney disease (penyakit buah pinggang) 
  3. Liver (penyakit hati) 
  4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  5. Low blood pressure (tekanan darah rendah) 
  6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah) 
  7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil) 
  8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus) 
  9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh) 
  10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar) 
  11. Poor vision (Penglihatan kurang baik) 
  12. Irritability (Badan menggeletar) 
  13. Fatigue (Letih lesu) 
  14. Weakness (Lemah) 
  15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan) 
  16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal) 
  17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN



Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses. 


Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152  


Wednesday, January 9, 2013

KEPENTINGAN ASID FOLIK: SEBELUM & SELEPAS MENGANDUNG

Apa itu ASID FOLIK? 
:m: Asid Folik adalah vitamin B yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
:m: Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 

Mengapa ia PENTING?
1) Mengurangkan kececatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)


Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau lansung terbentuk ( anecephaly/encephalocele).


2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). 

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:


:m: Sumbing lelangit (cleft palate) Kecacatan pada jantung Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Bila ASID FOLIK perlu diambil? 
:m: Sebelum mengandung Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandungSemasa mengandung Digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi 


SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
 
:m: Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang 


KEPERLUAN HARIAN asid folik
 
:m: Hanya satu biji setiap hari, 

* Jika ibu mengalami masalah alergik dengan asid folik, minta nasihat doktor yer
SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK 
:m: Hati ayam 
:m: Daging, ayam, telur 
:m: Kekacang 
:m: Beras perang, barli, oat 
:m: Sayuran hijau Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain ( buah sayur warna kuning yang layu tau) 


MAKLUMAT TAMBAHAN asid folik
:m: Tiada kesan sampingan jika diambil seperti dinasihatkan. Memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah yang normal.
Bagi ibu yang suka minum teh atau kopi, pjaz nak nasihatkan makan asid folik dengan air masak kerana air teh melambatkan proses penyerapan, kurang efektif la. kalau nak minum air teh boleh tapi tunggu la selepas setengah atau sejam selepas makan asid folik tu


BAGI SAYA BCOMPLEX with acid folic SHAKLEE ADALAH PILIHAN TERBAIK SAYA.. Boleh klik link untuk mengetahui tentang kelebihan bcomplex shaklee :)




Berminat?
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. atau boleh inbox ke fb hamizah che mat.. nk whatsapp leh whatsapp ke 0179350152

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun



Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun
Sebagai ibu bapa, memang seronok melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Daripada lahir sehingga umur mereka dua tahun, pelbagai keletah dan kerenah dapat diperhatikan. Sesetengahnya mencuit hati dan adakalanya membuatkan anda berasa bangga menjadi ibu bapa mereka. Sebolehnya, kita mahu berada di sisi ketika mereka melakukan sesuatu buat kali pertama seperti ketawa, berdiri sendiri, berjalan, mengucapkan perkataan, memanggil mama atau papa dan sebagainya.
Biasanya, perkembangan awal kanak-kanak diukur daripada pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya.  Bayi baru lahir akan diukur berat dan tingginya untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal atau tidak.
Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:
0 hingga 3 bulan
• Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
• Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
• Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
• Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
• Pada usia lapan  minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
• Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
• Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
Tip: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.   
3 hingga 6 bulan
• Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
• Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
• Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.
6 hingga 9 bulan
• Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
• Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
• Bayi juga mulai merangkak.
• Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
• Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
• Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
• Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
Tip: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.
9 hingga 12 bulan
• Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
• Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
• Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
• Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
• Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
• Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
• Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.
Tip: Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat. 
12 hingga 24 bulan
• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.
Manakala perkembangannya pula akan merangkumi 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif. 
1. Perkembangan Fizikal
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.
2. Perkembangan Bahasa
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”
3. Perkembangan Kognitif
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut.
4. Perkembangan Sosial Emosi
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.
5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti 
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.
Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.

PA&MA
Tarikh: 12 Disember 2012

PANDUAN PEMAKANAN LENGKAP UNTUK BAYI

salam :)

sape nk kongsikan resepi makanan baby? jom2.. saya plak lebih suka bagi baby saya buah buahan sbb mmg si kecik ni craving ngn sayur-sayuran mcm carrot, brokoli, buah2 n nasik!!! slalunya pisang, epal n pear.. ni antara yg kerap bagi baby la.. sebaiknya elakkan beli dikedai.. hoho.. better making their food at home.. fresh and healthy!! seriously mmg rasa sangat2 puas bila tgk baby makan apa yang kita buat.. mmg sangat2 worth!!! n of course la sangat2 jimat dari segi perbelanjaan kan.. hihi..


Di bawah ni antara panduan makanan lengkap untuk bayi 6 bulan keatas

Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan
  • Pemakanan yang paling SEMPURNA untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan adalahSUSU IBU (SI) sahaja.
  • Bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalamiJANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.
  • Susu pada 3-5 hari pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan lebih kurang 30ml sehari).
  • Kolostrum mengandungi:
  1. Antibodi yang tinggi
  2. Bertindak sebagai imunisasi pertama bayi bagi melawan bakteria dan jangkitan virus
  3. Kaya dengan nutrien~ protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
  • 88 peratus kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yang disusui dengan SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAUPUN MINUMAN LAIN.
  • SI mengandungi:
  1. Protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  2. Lemak sebagai sumber tenaga
  3. Zat besi bagi mencegah anemia

Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi

  • Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL

  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT

  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien


Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi

  • Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.

KUMPULAN BIJIRIN

  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.

SAYUR2AN

  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.

BUAH-BUAHAN

  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
  • Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
  • ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.

KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG

  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.

LEMAK DAN MINYAK

  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.


Alahan Makanan

  • Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
  1. Putih telur
  2. Kacang
  3. Makanan laut
  4. Gandum
  5. Buah limau
  • ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.


Garam, Gula dan Bahan Perasa

  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.


Cara Memberi Bayi Makan

  • Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
  • ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
  • Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan

Makanan Semasa Sakit

  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.


6 BULAN



Minggu 1



Tekstur

  • Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)

Kekerapan

  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya

Contoh makanan

  • Kanji/beras + SI


Minggu 2-4



Tekstur

  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)

Kekerapan

  • 2-3x sehari

Contoh makanan

  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)

Sumber protein

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)



7 BULAN



Minggu 1



Tekstur

  • Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut

Kekerapan

  • 3-4x sehari

Contoh makanan

  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)

Sumber protein

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)

Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)

  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah-buahan (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju



9-11 BULAN



Minggu 1



Tekstur

  • Lembut, cincang ataupun potong kecil

Kekerapan

  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)

Contoh makanan

  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli (banyak di kedai-kedai 'pak arab'), puding susu

Sumber protein

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...