Wahh.. dah lama x update post.. jom belajar senaman selepas bersalin.. 9 bulan lepas saya pn buat dibantu oleh cik asben.. hehe.. dl ingat lagi mak mentua tegur yg saya makin gemuk.. bukkkk... rasa mcm topi keledar jatuh atas kepala.. mak aihh.. x bleh jadi ni.. heheh.. tp Alhamdulillah lepas 1-2bulan bersalin saya kembali pd berat asal!! saya x amik apa2 jamu.. hanya breastfeed my baby n ambil supplement SHAKLEE disamping senaman ringan yg dibantu suami.. ANDA?? Meh saya share cara senaman tu ye :)
Anda boleh mula melakukan senaman seminggu selepas melahirkan bergantung kepada:
*keadaan anda dan
*nasihat doktor
Kebaikan:
-menggiatkan kembali otot-otot anda
-memperbaiki kembali perjalanan darah dan pernafasan anda
-mengurangkan berat badan anda yang naik ketika hamil
-menguatkan otot-otot dada supaya dapat menyokong buah dada yang membesar
-membina teknik-teknik yang sesuai supaya anda dapat berehat dan tidur dalam waktu-waktu awal selepas melahirkan
-ini penting kerana waktu tidur anda sering terganggu disebabkan penyusuan yang terpaksa diberikan di tengah malam
Senaman pernafasan:
-baring menelentang sambil membengkokkan lutut
-sebelah tangan anda diletakkan pada perut
-tarik nafas anda melalui hidung
-tarik nafas panjang supaya tangan anda akan ditolak ke atas oleh perut anda
-hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut
-leher dan bahu jangan bergerak
Senaman perut:
-baring menelentang sambil membengkokkan lutut
-rapatkan tangan di sisi badan
-angkat sebelah kaki anda yang dibengkokkan tadi ke atas dan luruskan ke bawah sebanyak 10 kali
-lakukan semula pada kaki yang sebelah lagi
Senaman dada:
-baring menelentang
-rapatkan tangan anda ke sisi badan
-angkat kedua-dua belah tangan ke atas sehingga kedua-duanya bersentuhan
-kemudian jatuhkan semula sehingga rapat kembali ke sisi badan anda
-lakukan sebanyak 20 kali
Senaman mengangkat punggung:
-baring, rapatkan lutut dan tegakkannya sementara kaki dibuka
-angkat bahagian punggung anda dengan tapak kaki menekan lantai
-jangan angkat bahu anda
-biarkan sedemikian dengan kiraan 5
-kembalikan punggung ke keadaan asal
-akukan sebanyak 10 kali
Senaman kaki:
-baring dengan melunjurkan kaki
-gerakkan kedua-dua kaki anda
-putarkan kedua-dua kaki anda dengan tumit dibuka
silalah rajin2kan diri klau nk cantik sihat luar dalam.. heheh :) seriously lepas buat senaman u feel much better.. sambil senaman tu sambil angkat baby main ngn baby.. 2 in 1 kan kite dapat.. heheh
dan bagi saya supplement sangat2 penting untuk membantu tubuh badan kita makin sihat.. x percaya cubalah sendiri!! tapi pastikan supplement yang kita amik tu natural.. selamat dan berkesan.. jangan tertipu dengan vitamin sintetik!!
PILIHAN SAYA?? SUDAH TENTU SHAKLEE!! :)
thanks..info yang menarik dan berguna...:)
ReplyDelete