Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua.
Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan
peranan yang begitu penting. Namun pada hakikatnya air, selain oksigen,
merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia
sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di
kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong baru-baru
ini, hanya 50 peratus daripada mereka minum air sebanyak lapan gelas sehari.
Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja.
![]() |
Air sangat penting bagi kehidupan seharian |
Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan
menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan
dapat menghindarkan berlakunya pendehidratan dan mengekalkan amalan membuang
air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.
Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita
dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air
melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta
menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu.
Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air
manusia akan mati dalam masa tiga hari.
![]() |
Meminum air secukupnya penting bagi menjaga kesihatan |
Jumlah air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza
antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada
suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, kita
mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Input air perlulah
sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air
antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula
bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh
mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat. Selain
itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa
di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik
yang berhawa dingin

Daripada tangki ini air akan diagihkan kewasan perumahan untuk kegunaan harian kita.Sebaik air melepasi meter air, ia akan dipecahkan kepada 2. Sebahagian air akan dibekalkan terus ke tangki simpanan air di dalam bumbung rumah dan dibekalkan terus ke paip air di dapur. Air didalam tangki biasanya dibekalkan ke bilik air dan pili taman.
Adakah Air Paip Selamat Diminum Terus?
- Air paip tidak selamat diminum terus.
- Perlu dimasak sebelum minum untuk membunuh kuman dan bakteria yang masih terdapat di dalam air.
- Klorin digunakan sewaktu air dirawat di loji rawatan air pada kadar tertentu untuk membunuh kuman.
- Klorin yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan.
- Terdapat banyak keadaan air boleh tercemar setelah dirawat sebelum digunakan oleh pengguna. Terutamanya sewaktu disimpan di dalam tangki air.
KESAN PLUMBUM (LEAD) KEPADA BADAN MANUSIA
Setakat ini, kepekatan sehingga 30 pikogram/100ml darah adalah dianggap selamat dan boleh diterima. Bagaimanapun beberapa gangguan di dalam fungsi biokimia telah dilaporkan berlaku pada kepekatan yang lebih rendah.
![]() |
Ilustrasi air kotor yang diminum. Logam Plumbum tidak dapat dilihat dari mata kasar |
Masyarakat mungkin ingin mengetahui mengapakah kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum. Salah satu sebabnya ialah plumbum mudah diserap oleh tubuh yang sedang berkembang. Pengumpulannya di dalam badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh.
Seorang wanita hamil yang telah terdedah kepada plumbum akan mempunyai simpanan kandungan plumbum yang tinggi di dalam tulangnya. Perubahan metabolik yang berlaku di dalam tubuh semasa mengandung boleh menyebabkan simpanan plumbum tadi dibebaskan ke dalam darah dan juga janin. Ini akan menyebabkan janin terdedah kepada kandungan plumbum yang tinggi. Pada tahap perkembangan janin yang kritikal ini, sistem yang mungkin teruk terjejas ialah sistem saraf.
Kanak-kanak juga berupaya menyerap peratus plumbum yang lebih tinggi iaitu 50 peratus berbanding orang dewasa. Oleh itu seseorang kanak-kanak yang terdedah kepada plumbum pada sukatan yang sama saperti orang dewasa akan mengalami kesan yang lebih teruk berbanding orang dewasa. Kadar penyerapan ini meningkat sekiranya seseorang kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan.
Secara umum kita terdedah kepada plumbum yang lazimnya boleh didapati dari sumber-sumber alam semula jadi di sekeliling kita terutamanya pada air minuman. Plumbum tidak akan hilang walaupun air yang dimasak berulang kali.
Kali ni Mija nak memperkenalkan salah satu produk Shaklee yang memang best iaitu Get Clean® Water Pitcher. Water Pitcher ini adalah water filters yang mana telah dibuat khas oleh Shaklee bagi menapis air dalam skala yang sangat kecil dan tetapi mampu menapis bahan yang berbahaya kepada badan kita.
MEMPERKENALKAN GET CLEAN® WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.
Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.
Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

- Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
- Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
- Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
- Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
![]() |
Get Clean® Water Pitcher |
Pilihan Bijak!
- Hanya beberapa sen bagi seliter air
- Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
- Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
- Ringan dan mudah dibawa
- Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak
KEISTIMEWAAN SHAKLEE
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Simply to say, memang best guna water pitcher ni. Air mmg crystal clear dan sangat enak diminum. Tak percaya? Cubalah sendiri..
Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB.