Followers

Google+ Followers

Saturday, February 2, 2013

Doa dan Amalan untuk menambah susu ibu

Nak share doa dan amalan utk ibu2 menyusukan anak.. ia, bukan mudah okay nak bertahan hingga 2 tahun.. byk cabaran dan dugaan yg akn kita hadapi.. antara kita sebagai ibu ni nak atau x nak je.. tanpa kekuatan mental dan fizikal dan jugak org terdekat penyusuan exclusive x kan berjaya!! setuju x saya cakap?

di bawah ni saya listkan ye :)

1) Menyusu sekerap mungkin atau memerah susu dengan kerap

kita kena ingat.. lebih kerap susu ibu diperah atau anak disusukan, lebih banyak susu akan terhasil. ibu mestilah pam/ menyusu at least 3 jam sekali.. jgn tunggu sampai susu penuh baru nak pam.. tu x betul.. dan boleh menyebabkan susu berkurang.. pastu mula la cakap susu dah kurang.. dah xde susu.. kan kan?? hehhe.. ai pn ade pengalaman anak sulung cmtu okay.. heheh.. kdg2 malas jugak.. tp ingt balik niat kita dl.. pandang anak.. berikan hak mereka.. anak2 berhak utk dpt hak mereka.. so kenapa nk dinafikan? bak kata org dulu2. nak anak bijak bagilah susu ibu..

oopppsss!! terpanjang sudah.. heheh.. okay proceed next..

2) Minum air kosong/masak 3Liter sehari..

ni depends.. depends on berat kita.. 25kg/liter.. means klau berat 50kg tu sehari kena amik 2liter la.. ni at least tau.. sebaiknya lebihkan sbb kita menyusu ni makin banyak perlukan air :)

3) Zikir dan Doa kepada Allah bagi umat Islam :) ni sebagai makanan rohani kita.. penting :)

kita tahu kan setiap usaha dan amalan kita tidak akan berhasil tanpa izinNya.. tu pentingnya usaha dan doa.. selebihnya kita bertawakkal :) doa mohon dibanyakkan susu ibu supaya dapat menyusukan anak seperti yg disyariatkan


1. Doa

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. 

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku 

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.

2. Zikir

Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.

3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar

Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.

4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60


Maksud ayat:"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi." 


Ayat 72-73 Surah Yasin

5. Solat sunat Dhuha

Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3kali semasa sujud akhir.

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. 

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh." 

Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini.



Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga keluarga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu kini. Renungkan ayat 233, Surah Al - Baqarah ini.





“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233) 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...