Followers

Google+ Followers

Wednesday, February 20, 2013

Get Clean® Water Pitcher



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua.

Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan peranan yang begitu penting. Namun pada hakikatnya air, selain oksigen, merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong  baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja.
Air sangat penting bagi kehidupan seharian
Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.
Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.
           
Meminum air secukupnya penting bagi menjaga kesihatan
Jumlah air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat. Selain itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin

Bagaimana Air Paip Dibekalkan Ke Rumah?


Air paip yang dibekalkan ke rumah kita setiap hari diperolehi daripada alam sekitara setelah ditadah diempangan. Air yang ditadah ini akan dirawat untuk memastikan ianya selamat untuk diminum.Sebaik sahaja ia dirawat ia akan disimpan di tangki imbangan sebelum diedarkan kepada pengguna. Dari tangki ini air akan dipump ke tangki servis, kita sering melihat tangki ini berdekatan dengan kawasan perumahan yang sering kita panggil sebagai menara tangki air. 

Daripada tangki ini air akan diagihkan kewasan perumahan untuk kegunaan harian kita.Sebaik air melepasi meter air, ia akan dipecahkan kepada 2. Sebahagian air akan dibekalkan terus ke tangki simpanan air di dalam bumbung rumah dan dibekalkan terus ke paip air di dapur. Air didalam tangki biasanya dibekalkan ke bilik air dan pili taman.


Adakah Air Paip Selamat Diminum Terus?

  1. Air paip tidak selamat diminum terus.
  2. Perlu dimasak sebelum minum untuk membunuh kuman dan bakteria yang masih terdapat di dalam air.
  3. Klorin digunakan sewaktu air dirawat di loji rawatan air pada kadar tertentu untuk membunuh kuman.
  4. Klorin yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan.
  5. Terdapat banyak keadaan air boleh tercemar setelah dirawat sebelum digunakan oleh pengguna. Terutamanya sewaktu disimpan di dalam tangki air.


KESAN PLUMBUM (LEAD) KEPADA BADAN MANUSIA

Setakat ini, kepekatan sehingga 30 pikogram/100ml darah adalah dianggap selamat dan boleh diterima. Bagaimanapun beberapa gangguan di dalam fungsi biokimia telah dilaporkan berlaku pada kepekatan yang lebih rendah.

Ilustrasi air kotor yang diminum. Logam Plumbum tidak dapat dilihat dari mata kasar
Di dalam salah satu kajian yang pernah dilaporkan, kepekatan di antara 10 hingga 15 pikogram/100ml dan selebihnya boleh mengganggu dan melemahkan perkembangan psikomotor bagi kanak-kanak.

Masyarakat mungkin ingin mengetahui mengapakah kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum. Salah satu sebabnya ialah plumbum mudah diserap oleh tubuh yang sedang berkembang. Pengumpulannya di dalam badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh.

Seorang wanita hamil yang telah terdedah kepada plumbum akan mempunyai simpanan kandungan plumbum yang tinggi di dalam tulangnya. Perubahan metabolik yang berlaku di dalam tubuh semasa mengandung boleh menyebabkan simpanan plumbum tadi dibebaskan ke dalam darah dan juga janin. Ini akan menyebabkan janin terdedah kepada kandungan plumbum yang tinggi. Pada tahap perkembangan janin yang kritikal ini, sistem yang mungkin teruk terjejas ialah sistem saraf.

Kanak-kanak juga berupaya menyerap peratus plumbum yang lebih tinggi iaitu 50 peratus berbanding orang dewasa. Oleh itu seseorang kanak-kanak yang terdedah kepada plumbum pada sukatan yang sama saperti orang dewasa akan mengalami kesan yang lebih teruk berbanding orang dewasa. Kadar penyerapan ini meningkat sekiranya seseorang kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan.

Secara umum kita terdedah kepada plumbum yang lazimnya boleh didapati dari sumber-sumber alam semula jadi di sekeliling kita terutamanya pada air minuman. Plumbum tidak akan hilang walaupun air yang dimasak berulang kali.



Kali ni Mija nak memperkenalkan salah satu produk Shaklee yang memang best iaitu Get Clean® Water Pitcher. Water Pitcher ini adalah water filters yang mana telah dibuat khas oleh Shaklee bagi menapis air dalam skala yang sangat kecil dan tetapi mampu menapis bahan yang berbahaya kepada badan kita.

MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat

Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!


Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
  • Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
  • Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
Get Clean® Water Pitcher

Pilihan Bijak!


  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
  • Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak


KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.


HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.





Berikut adalah comparison chart bagi Get Clean® Water Pitcher.




Simply to say, memang best guna water pitcher ni. Air mmg crystal clear dan sangat enak diminum. Tak percaya? Cubalah sendiri..

Setiap pembelian di mama2faizmayra, anda layak menerima hadiah istimewa percuma,jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB.

2 comments:

  1. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...