Followers

Google+ Followers

Tuesday, May 28, 2013

MENGAPA SUSU IBU BERKURANG?

Pernah x tibe2 susu ibu ibu kurang? rasa baby x puas nyusu? penah x? rasa kena topup ngn susu formula sbb x dpt nak fulfill keperluan anak.. betul ke susu kurang atau mind set kita yg mengatakan susu berkurang? ibu2 diluar sana dan jugak peringatan saya sendiri sebagai ibu.. hehe.. nak menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun atau sekurang kurangnya 6bulan menuntut KESABARAn yang sangat tinggi dan usaha dan doa yang tidak putus2.

jom kita check checklist kat bawah ni, mengapa dan apa sebab susu ibu berkurang sebenarnya

1. Pam berkeadaan baik atau tidak??
Pastikan berkeadaan baik. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya dalam keadaan baik.

2. Rutin mengepam konsisten atau tidak??
penghasilan susu berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong. pastikan anda mengepam secara konsisten setiap 2-3 jam sekali.
3. bayi sudah mula makan makanan pejal??
Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mom, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara.
4. anda mengambil pil perancang??
Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu tau. dapatkan pandangan Doktor anda kerkenaan pil perancang yang tidak mengganggu penyusuan susuibu
5. datang period??
Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period. pastikan anda mengambil kalsium kerana kalsium sebenarnya membantu masalah kemeruduman susu semasa period. jika susu merudum dengan teruk, amalkan power pumping setiap mlm

6. anda mengandung??
mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.

7. Adalah anda on diet?
Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu...Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong ya.
8. adalah anda cukup rehat?? adakah anda berasa
stress??
Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.


9. Adakah anda sakit?
Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.


senarai di atas adalah antara punca-punca susu ibu kurang. Jadi, macam mana nak naikkan pengeluaran susu kembali?
♥ Menyusu secara direct dengan lebih kerap
♥ Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.
♥ Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.
♥ Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.
♥ Buat urutan payudara dan breast compression.
♥ Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa, soya. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.
♥ Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen.
♥ Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.

Cuba amalkan tips-tips di atas tau. sesungguhnya..sangat besar pahala seorang ibu yang berkorban dan berusaha melengkapkan tempoh penyusuan anaknya secara exclusive.



sayang kamu semua.. :) muaahhh 
MEREKA SUMBER KEKUATAN DAN REZEKI SAYA.
ALHAMDULILLAH :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...