Nutrien | Jumlah harian yang disyorkan (Recommended Daily Amount - RDA) | Adakah anda perlukan suplemen? | Fungsi |
---|---|---|---|
Kalsium | 800mg (1,250mg untuk ibu-ibu yang menyusukan) | Tidak | Pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat, juga perkembangan ritma jantung dan pembekuan darah. |
Dapatkan kalsium daripada: 200ml susu: 230mg, 200ml susu kacang soya diperkaya: 273mg, 1 karton kecil yogurt: 225mg, 1 roti naan: 273mg, 4 biji buah ara kering: 168mg | |||
Kromium | Tiada RDA | Tidak | Mengawal tahap gula dalam darah; merangsang sintesis protein dalam tisu-tisu yang sedang terbina. |
Dapatkan kromium daripada: 85g ayam panggang tanpa kulit: 22mcg, 1 keping roti bijian penuh: 16mcg | |||
Tembaga | 1.2mg (1.5mg untuk ibu-ibu yang menyusukan) | Tidak | Membantu pembentukan jantung, rangka dan sistem saraf, arteri dan saluran darah |
Dapatkan tembaga daripada: 150g (1 cawan) kacang lentil hijau/perang: 0.50mg; 100g (4 sudu besar) kacang merah: 0.24mg: sebiji mangga: 0.25mg | |||
Fluorida | Tiada RDA | Tidak | Diperlukan apabila gigi mula terbentuk pada minggu ke-10; kemudian, dalam trimester kedua dan ketiga, diperlukan untuk pembentukan gigi kacip utama, geraham dan gigi kekal |
Dapatkan fluorida daripada: Air (air paip di Malaysia diperkuat dengan fluorida). Juga, 1 cawan kale yang telah dimasak: 0.205mg, 1 biji epal sederhana besar: 0.093mg | |||
Asid Folik | 300mcg (360mcg untuk ibu-ibu yang menyusukan ) ditambah 400mcg suplemen sebelum konsepsi dan untuk tiga bulan pertama kehamilan | Ya | Adalah bahagian penting dalam cecair spinal dan membantu menutup tiub di mana terletaknya sistem saraf tunjang; juga membantu mensintesis DNA dan menormalkan fungsi otak. |
Dapatkan asid folik daripada: Setengah cawan kacang lentil masak: 179mcg; 7 sudu besar kepingan bran: 113mcg; 1 biji pisang sederhana besar: 20mcg; 2 tangkai brokoli: 61mcg; sebiji oren bersaiz besar: 54mcg | |||
Iodin | 140mcg | Tidak | Mengawal metabolisma, membantu perkembangan sistem saraf. |
Dapatkan iodin daripada: Garam biasa beriodin, ikan, rumpai laut, susu, produk tenusu; juga dalam air minuman berfluorida. | |||
Zat besi | 14.8mg | Ya, jika diarahkan doktor. | Membuat sel-sel darah merah, membekalkan oksigen kepada sel-sel untuk tenaga dan tumbesaran, dan membina tulang dan gigi. |
Dapatkan zat besi daripada: Gabungan sumber haiwan dan tumbuhan: 85g daging batang pinang, kira-kira 2.4mg; 4 sudu besar kacang kuda dimasak: 2.2mg; 3 sudu besar daun bawang: 1mg; 7 sudu besar kepingan bran: 9mg; 1/2 tin besar kacang panggang: 2.8mg; 85g daging tanpa lemak: 2.4mg; 2 1/2 sudu besar kacang pis beku: 1.1mg | |||
Magnesium | 270mg (320mg untuk ibu-ibu yang menyusukan) | Tidak | Membantu membina tulang dan gigi yang kuat, mengawal tahap insulin dan kandungan gula dalam darah, membina dan membaiki tisu-tisu |
Dapatkan magnesium daripada: 9 biji kacang Brazil: 123mg; 2 1/2 sudu besar bayam: 44mg; 2 1/2 sudu besar kacang bendi: 77mg; 4 sudu besar nasi beras perang: 71mg | |||
Mangan | Tiada RDA | Tiada | Membantu perkembangan tulang dan pankreas dan pengsintesisan lemak dan karbohidrat |
Dapatkan mangan daripada: 170g nasi beras merah: 6.93mg; 1 cawan bubur: 0.95mg; 175g kacang hitam dimasak: 0.76mg | |||
Asid Pantotenik | Tiada RDA | Tidak | Mengawal aktiviti adrenal, penghasilan antibodi, tumbesaran dan metabolisma protein dan lemak. |
Dapatkan asid pantotenik daripada: 1 biji telur rebus bersaiz sederhana: 1.1mg; 1/2 avokado bersaiz sederhana: 1.1mg; 1 cawan susu: 1mg | |||
Fosforus | 550mg (990mg untuk ibu-ibu yang menyusukan) | Tidak | Membina tulang dan gigi yang kuat; menghasilkan pembekuan darah dan ritma jantung yang normal. |
Dapatkan fosforus daripada: 85g ikan salmon dalam tin (termasuk tulangnya): 279mg; 175g kacang pinto dimasak: 273mg; 1 cawan susu: 247mg; 175g kacang hitam dimasak: 241mg | |||
Potasium | 3,500mg | Tidak | Membantu aktiviti otot dan kontraksi, metabolisma tenaga dan fungsi saraf. |
Dapatkan potasium daripada: 1 kentang jaket bersaiz sederhana: 844.4mg; 240ml jus prun: 706.6mg; 1 cawan kismis: 575mg; 10 biji aprikot kering: 482mg | |||
Riboflavin | 1.14mg (1.16 mg untuk ibu-ibu yang menyusukan) | Tidak | Menggalakkan tumbesaran, penglihatan yang baik dan kulit yang sihat. Penting untuk tulang, otot dan perkembangan saraf bayi anda. |
Dapatkan riboflavin daripada: 1 cawan yogurt: 0.5mg; 85g daging itik tanpa kulit: 0.4mg; 1/2 cawan cendawan rebus: 0.2mg; 1/2 cawan keju rikota: 0.2mg | |||
Thiamin | 0.9mg (1mg untuk ibu-ibu yang menyusukan) | Tidak | Menukar karbohidrat kepada tenaga; penting untuk perkembangan otak. Juga membantu perkembangan jantung dan sistem saraf. |
Dapatkan thiamin daripada: sekeping roti naan: 0.32mg; 1 sudu besar Marmite: 0.46mg | |||
Vitamin A | 700mcg (950 untuk ibu-ibu yang menyusukan) | Tidak | Penting untuk tumbesaran sel, perkembangan mata, kulit dan membran mukus yang sihat, melawan jangkitan, perkembangan tulang, metabolisma lemak dan penghasilan sel darah merah. |
Dapatkan vitamin A daripada: 180ml jus lobak merah dalam tin: 4,738 RE; 1 keledek bakar: 2,488 RE; 1 lobak merah mentah: 2,025.4 RE; 1 cawan tembikai: 515.2 RE | |||
Vitamin B6 | 0.96mg | Tidak | Membantu dalam metabolisma protein, lemak dan karbohidrat. Membantu membentuk sel-sel darah merah baru dan dalam perkembangan otak dan sistem saraf. |
Dapatkan vitamin B6 daripada: 1 biji pisang bersaiz sederhana: 0.7mg; 1 kentang jaket bersaiz sederhana: 0.7mg; 1 cawan kacang kuda: 0.6mg; 85g dada ayam: 0.5mg | |||
Vitamin C | 50mg (80mg untuk ibu-ibu yang menyusukan) | Tidak | Penting untuk membaiki tisu-tisu dan penghasilan kolagen. Membantu tumbesaran yang elok dan menguatkan tulang dan gigi. |
Dapatkan vitamin C daripada: 240ml jus oren: 124mg; 1 cawan strawberi: 84.5mg; 2 tangkai brokoli: 32mg; 2 biji tomato: 30mg | |||
Vitamin D | 10mcg | Tidak | Membantu membina tulang dan gigi. |
Dapatkan vitamin D daripada: 1 keping stik salmon: 0.22mg; 200ml susu: 0.08mg; 2 filet ikan plais (ikan sebelah): 0.36mg | |||
Zink | 7mg (9.5mg untuk ibu-ibu yang menyusukan) | Ya | Membantu membentuk organ-organ, rangka, saraf dan sistem peredaran. |
Dapatkan zink daripada: 2 kepingan tebal daging lembu/kambing: 4.6mg; 30g biji bunga matahari: 1.5mg; 1/2 tin kecil tuna: 1mg |
INGIN DAPATKAN KONSULTASI MENGENAI PEMAKANAN TAMBAHAN UNTUK IBU HAMIL, BERPANTANG DAN MENYUSU BOLEH HUBUNGI SAYA
"SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR"
your consultation: mija - 0179350152