Followers

Google+ Followers

Thursday, April 24, 2014

SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK

Jika anda baru mula memberi bayi anda susu badan, anda sedang melakukan perkara terbaik untuknya. Namun jika ia tidak berlaku secara natural, janganlah bimbang. Ramai ibu yang sukar melakukannya sehinggalah mereka telah biasa. Susu ibu adalah susu terbaik diberi oleh Maha Pencipta untuk hambaNya. 





Benarkah susu ibu adalah yang terbaik?

Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:
  • gastroenteritis;
  • pneumonia dan bronkolitis;
  • jangkitan salur kencing;
  • ekzema;
  • jangkitan telinga.

Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, kadar kolesterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.

Namun faedahnya bukan terhad kepada bayi sahaja. Menyusu badan juga baik untuk anda. Ia dapat mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid). Ia juga membantu melindungi anda daripada kanser ovari dan osteoporosis (tulang lemah) ketika lanjut usia.

Organisasi Kesihatan Dunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan supaya bayi diberi susu badan sahaja selama enam bulan yang pertama. Mereka juga menasihatkan para ibu supaya meneruskan penyusuan badan setelah bayi mula makan makanan pejal, sehingga usia bayi satu tahun atau lebih, jika boleh.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula. Malah, kandungan nutriennya juga berubah mengikut keperluan bayi anda semasa dia membesar. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu badan. 

Dan selain daripada manfaat pengembangan minda dan imuniti terhadap jangkitan yang terkandung dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. 

SOURCES: baby center
INGIN DAPATKAN KONSULTASI MENGENAI PEMAKANAN TAMBAHAN UNTUK IBU HAMIL, BERPANTANG DAN MENYUSU BOLEH HUBUNGI SAYA 
"SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR"
 your consultation: mija - 0179350152

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...