Followers

Google+ Followers

Thursday, June 19, 2014

ADAM HAIKAL - ANDA ISTIMEWA


Sabtu lepas saya, suami dan anak2 sempat melawat Adam haikal dan abg dan kakak2nya yang lain di rumah kak Ezzya Ezza Ezzyat. Murninya niat kak ezza dan suami sudi menjaga anak2 syurga ini tanpa harapkan balasan sedangkan mereka bukannya ada pertalian darah. Kagum sangat dengan semangat beliau. 

siapa adam ni? dia adalah diantara anak2 syurga. :)


Masa tgk Adam tu suka sangat sebab Adam petah bercakap, budak bijak.! Dia x jadikan sakit dia penghalang untuk dia berhibur, riang seperti kanak2 lain walau sepenuhnya bergantung kepada tiub kencing untuk buang air dan nanah dari badan dia. Dan dia x mampu berjalan seperti kanak2 lain dan hampir kebanyakan organ Adam x dpt berfungsi sepenuhnya. Buah pinggang sebelah rosak dan sebelah lg hanya berfungsi 50% sebab tu adam kena minum susu khas yang mahal, hati, kepala penuh cecair dan Adam kena selalu buat blood transfusion. Subhanallah. Uols bayangkan budak sebesar 5 tahun hadapi ujian seberat itu? Kalau nak tahu kesemua 4 beradik ni penghidap thalesemia. Amirul, abg Adam masa sy dtg tu muka kekuningan dan nampak keletihan dan pasif. Sebab hati die bengkak. Agaknya sakit atau tidak selesa.

Seorang lagi umur setahun setengah, Amani, anak yang paling ceria masih memerlukan pampers dan susu. kalau tgk gmbar2 kat atas tu yang atas riba saya tu la amani. Masa sy tengok tu betis dia masih berbekas parut air panas  x perlu saya ceritakan mengenai ibu dan ayah sbnr Amani. Cukup kita tahu kak ezza menjaga Amani sekarang dan tugas kita untuk bantu diorg. 









Saya mengalu alukan sesiapa yang ingin menderma salurkan kepada kak ezza sdiri atau melalui saya dan in shaa allah saya akan sampaikan. Boleh pm sy untuk acc no. Kalau boleh nak jumpe Adam, Amani, amirul, Sofia selalu. X jauh pun dari rumah kami .  

ataupun lagi senang direct pada kak ezza ye. saya share acc no die

7603999205 (cimb)
azizah mohd rafi
0146391782

diorang sangat2 memerlukan dana sekarang ni sebab masa saya lawat sabtu lepas adam pucat dan kekuningan sebab dah mula kurang darah.kena pegi buat blood transfusion secepat mungkin. 
susu pediasure adam setin rm160. pampers ubat, salur kencing yang sepatutnya kena selalu tuka semua memerlukan kos yang sangat tinggi. jom bantu diorg. jangan dipersoal dimana ibu dan ayah mereka. tugas kita bantu sedaya upaya.

In Shaa Allah nanti kami datang lagi lawat ye. Adam ada ramai yang sayang adam tau. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...