Followers

Google+ Followers

Monday, July 14, 2014

Heboh Shaklee support Israel

Assalamualaikum wbt semua

Hari ni diberi kesempatan waktu untuk update entry di blog mengenai kekecohan yang berlaku dimana SHAKLEE support ISRAEL. Dan saya suka nasihatkan anda semua supaya lebih rajin membaca apa itu YAHUDI, ISRAEL dan ZIONIST. Mungkin selepas itu anda akan lebih memahami apa yang berlaku sebenarnya diluar sana.

Utk pengetahuan semua, sebenarnya isu ni dah lama. yes, lama sangat. Sepanjang dah 2 tahun join SHAKLEE rasanya dah 4 5 kali isu ni timbul. Kami distributor yang pun sangat peka mengenai isu ini. Dsini saya nak buat penjelasan yang SHAKLEE langsung tiada kena mengena dengan funding terhadap Israel dan seangkatan dengannya. Isu ni timbul bila tengok blog/website kenesethisrael yang menyumbang sebahagian dari bonus dia untuk israel.
TAHUKAH ANDA dia hanyalah SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR seperti KAMI! Dia menyumbang kepada israel itu hak peribadi dia dan tiada sangkut paut dengan SHAKLEE INTERNATIONAL. SHAKLEE MALAYSIA apatah lagi kan.

Okay saya akan bongkar satu persatu. Semoga membuka mata anda semua terhadap SHAKLEE. Apa2 selidik dulu, jangan jump to conclusion

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
ayat 6- surah alhujurat

1) boleh ke website http://kenesethisrael.com/
inilah website yang buat kontroversi yang ramai menganggap SHAKLEE memang menyumbang kepada israel.






2) cuba click pada LOGO SHAKLEE pada website berkenaan dan akan keluar macam ni http://kic.myshaklee.com/us/en/shop.s.html



3) okay jom bukak http://www.shaklee.com/
ini adalah website shaklee di USA 


4) Nampak x perbezaan antara 2 website ni http://kic.myshaklee.com/us/en/shop.s.html dengan http://www.shaklee.com/ bezakan? myshaklee.com tu untuk distributor di USA. dan shaklee.com tu official website shaklee.

sama je dengan malaysia dimana website shaklee malaysia : shaklee.com.my dan untuk distributor shaklee kt malaysia shaklee2u.com.my

Nampak sama tapi tak sama kan. Jadi timbul lah spekulasi macam2. dah terang@ website si keneseth tu adalah distributor shaklee. 

Saya harap dengan penjelasan ini anda tidak bertindak melulu dengan menuduh dan menfitnah bukan2 dan kami sebagai distributor jugak agak sensitif mengenai isu ini. kami juga tidak sanggup untuk terus menjual jika benar SHAKLEE menyumbang kepada musuh utama umat Islam. Allahuakbar. kan lebih baik kita fokus memberi sumbangan dan doa setiap kali lepas solat 5 waktu  untuk saudara kita disana berjihad untuk kemenangan umat islam. Itukan lebih baik

Buat pengetahuan semua, Roger Barnett adalah pemilik syarikat Shaklee dan beliau bukanlah berbangsa YAHUDI. Dan beliau dari keluarga mewah yang memiliki syarikat BURBERRY. Pernah dengar jenama tu? Shaklee tiada kaitan langsung dengan sumbangan kepada israel. Jadi berhati hatilah dalam menyebarkan maklumat. boleh baca sejarah shaklee disini http://www.shaklee.com/

saya rasa ianya jelas :) 






11 comments:

  1. wsalam terima kasih atas feedback. okay, saya harap anda rajin membaca link2 yang saya sertakan supaya anda dapat membezakan apa itu yahudi, israel dan zionist.
    sila dengar youtube dari aqsa sharif mengenai yahudi, israel dan zionist

    http://www.youtube.com/watch?v=XIoY2NOwm3w

    yahudi adalah bangsa dan dizaman Rasulullah juga ada orang islam. anda tidak boleh samakan semua yahudi itu jahat. Sedangkan bangsa Yahudi ortodoks di Eropah juga menentang sekerangnya kekejaman zionis terhadap palestine.

    Kita sepatutnya momboikot produk yang menyumbang kepada Zionist Israel. Bukannya produk yahudi. Amerika Syarikat sebuah negara dimana pemimpinnya menyokong zionist israel tetapi rakyatnya membantah sekerasnya. jika puan./tuan rajin membaca atau acc facebook (yang juga pencipta fb si mark itu juga seorang yahudi!). Banyak demonstrasi demostrasi dibuat oleh rakyat disana walaupun diorg bukan islam. sebagai contoh, di San francisco, chicago dan beberapa tempat lagi. dr negara2 lain seperti german, england dan lain2 juga membuat bantahan di kedutaan israel negara mereka.

    ANDA HARUS MEMBEZAKAN PRODUK YAHUDI DENGAN PRODUK YANG MENYUMBANG KEPADA ZIONIST ISRAEL
    saya ambil quote dari fb Dr.Maza
    "Para pembela zionist termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara 'memboikot product Israel dan yang menyumbang kepada Israel' dengan product orang yahudi. Kita tidak anti setiap individu yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya."

    dan juga boleh bukak website dr.maza untuk lebih rajin membaca
    http://drmaza.com/home/?s=israel

    dan sayaberminat untuk bagi link mengenai MLM.

    http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

    dan

    http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/999-garis-panduan-perniagaan-mlm-yang-halal.html

    syubhah ini dari sumber yang tidak jelas dari mana sumbernya. dalam sistem shaklee semua bayaran adalah jelas dari mana dan kemana. lagipun walau berada di level atas tetap kena menjual produk. bukannya bersenang lenang dapat hasil dari sumber yang tidak diketahui.

    saya berharap ianya jelas. Kalau puan atau puan masih meragui saya tidak pasti anda mahu mempercayai siapa

    dan, saya harap kalau puan/tuan ada account facebook. tuan / puan boleh la menutup account tersebut sebab si Mark Zuckerberg itu jugak seorang YAHUDI. :)

    ReplyDelete
  2. Yahudi tetap yahudi...

    ReplyDelete
  3. Pelik la. Robert mmg la bukan pemilik tunggal shaklee sbb ceo, makan gaji mcm ceo2 lain kt dunia nie..yg kena tgk, board of directors, fund investors. Tu la cabaran umat islam pd arini, DUIT..yg pelik lg, shaklee tu kaya n byk duit..kenapa x panggil independent shariah advisor audit system mlm shaklee? Emm

    ReplyDelete
  4. betul tu. tak semua Yahudi jahat. Tp, how sure yg yahudi shaklee support ni baik2?
    Tepuk dada tanya iman, ckp byk pun tak guna sbb u dah buat justification sendiri utk menghalalkan anda trus berbusiness shaklee.

    ReplyDelete
  5. Assalam,
    Sekadar berkongsi, untuk pengetahuan, Beit Tzipora Centers yang di tubuhkan oleh The Ellie Wiesel Foundation for Humanity, telah diperakui oleh director di pusat tersebut memberi pendidikan ala ZIONISME abad ke 21

    Link boleh rujuk sini : http://www.jewishtucson.org/page.aspx?id=119707

    ReplyDelete
  6. salam..waah panjang lebar orang condemn shaklee ye..tanpa mnyaasat btul2. Saya Wellness Coach Herbalife pun turut terkena tempias. korek punya korek tak juga jumpa link herbalife ngan zionis. yang sy jumpa org condemn shaklee. dan sy korek lagi. sptmana sy tak suka orang tabur pasir dalam periuk nasi Herbalife sy, so sy taknak cousin dan kawan2 sy yg jual shaklee terkena tmpias jugak. Bisnes is bisnes, dan kita ada sebab masing2 LILLAHITAALA dan sudah inilah jalannya yang Allah tunjuk; jadi sy harap kita terus kuat dengan segala cubaan, cabaran dengan manusia2 pendengki. yang kata guna fb smata-mata sebar dakwah tu pun dok guna bahasa kesat.taktau la tang mana dakwah penuh hikmah yg Rasulullah saw anjurkan tu yg dia ikut..ini link lebih lengkap tentang isu shaklee

    http://www.salwasaleh.com/2014/07/4-fakta-tentang-shaklee-support-israel.html

    **bersyukur sebab menjadi sbhgian pengedar produk bukan malaysia ni, cabaran dia luar biasa dan dapat lebih mengenali siapa itu yahudi zionis, dan ortodoks.
    **Semoga kemenangan buat Islam dan kehancuran buat zionis serta sekutu2 laknatullah nya

    ReplyDelete
  7. Sangat mengecewakan bila seseorang individu mengaku menggunakan fb atau internet utk tujuan dakwah...bila tutur kata, bahaya & ayat yg digunakan sgt menyimpang jauh dr tujuan hendak berdakwah. Kalau nak berdakwah pun.....berpada2 la dlm berkata2. Bukan memaki hamun & sibuk nak mnjatuhkan hukum pulak. Nampak dari cara berkata2 seolah2 lebih kpd mereka yg sgt tau pasal shaklee....siap tau ranking2 nk jd master coordinator la...silap haribulan terlibat dgn produl MLM lain...

    ReplyDelete
  8. Siapa yg ckp elie wiesel tu support zionist minta tolong bagi link skali utk funding zionist. Psl sy cari x jumpa elie weisel funding zionist. Minta kalau ada link bg ye. Lg 1 minta tolong jaga kata2. Katanya berdakwah tp kalau akhlak dngan adab x jaga jgn hairan org x nak ikut. Bg la hujjah yg bernas dan kata2 yg tidak mnyakitkan hati org. Wallahualam

    ReplyDelete
  9. Berdakwah guna kata kesat?hihi. Rasulullah ajar camtu kot ek? Yang dok bising-bising tu agaknya pernah jual shaklee dulu tapi tak naik-naik kot.. pastu sakit hati pastu condemn.. Lagi kesian..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...