Followers

Google+ Followers

Wednesday, September 24, 2014

Melawat KLIA 2

Sejak KLIA 2 dibuka April 2014 kami x pernah jejak lagi KLIA 2 ni. Hihi. Dah kebetulan nak hantar atok n nenek mukhlis dekat sana So bawak jela semua. Orang cakap macam mall dalam tu. Hehe. Mula2 masuk dah rasa keterujaan. Woww, betul la, macam mall. Kedai berderet deret.

Masa mula mula sampai suami drop by dulu untuk elak jalan jauh. Kitorg bergerak pegi drop luggage. Anak2 teruja nak tengok kapal terbang. Menjerit jerit macam X nampak kewujudan orang ramai kat situ. Hahaha

MIL & FIL boarding

Sebab x nak balik lagi singgah pappa rich n dok bahagian luar. Open air untuk tengok view kapal terbang. Terang2 kat situ 'no smoking' tapi ramai yang smoking. Mungkin alasan 'open air'. Entah la. Diorang ni x sensitif, mungkin xde anak lagi kottt.. Huhh. Spoil jup mood.

Si humaira yang tengah memujuk rayu mama dan abah belikan tiket kapal terbang. 
Mama nak naik kapa tebang... Hahhaa. Sabo je la. Hatiku cair x sampai hati.


Upah ais krim senyap la kejap

Aiskrim beli dekat marry brown

View nak dekat waktu maghrib. Nice. Nampak kapal terbang naik turunlah 

Ajak balik memang langsung x hirau.


Open air dekat pappa rich. Memang dekat je ngn tempat tengok tu




Layan kopi sat


X tau nama food ni tapi sejenis noodles 🍜 

 Depan tukis KLIA 2

Mama xde sebab mama yang ambil gambar




Hihi. BTW nak berjalan lagi sekitar kedai kedai tapi x boleh. Bsnysk ujisn bawak anak2. Dah la nampak orang jual lego. Mati kens pow. Hihihi

Tuesday, September 23, 2014

HAMIL DENGAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT SECARA KONSISTEN - PENGEDAR KOTA BHARU, MELUR

6 tahun menanti kelahiran anak kedua akhirnya berakhir. Lama tu gap dengan anak sulung. Dari sebelum pregnant sampai la sekarang dah bersalin beliau tak pernah tinggalkan set supplement shaklee. Paling asas, Vitalea, Bcomplex, Vita c, ESP tak tinggal. Tengok kulit muka pun glowing cantik cun melecun. hari tu gi tengok masa dalam pantang pun x nampak macam dalam pantang pun. Dan paling penting baby dahlia booolaaattt. Kenyang susu ibu!!


mija dan baby Dahlia :) ni baru 2-3 minggu

---------------------------------------------------------------------------------

Hamil Bersama Shaklee!!!

Assalamualaikum n selamat pagi...

n3 first day kembali berkerja selepas 2 bulan bercuti...2 bulan jd WAHM memang best!!!

n3 kali ni sy nk share pengamalan sy mengandungkan puteri kami Dahlia Zuyyin. Selepas 6 tahun lebih akhirnya sy hamil lg. Alhamdullilah Allah makbulkan doa sy utk kembali merasai saat2 indah itu..

Kehamilan kli ini pom sama seperti saat2 mengandung kali pertama..sgt excited..tetapi sama jugak macam dulu sy alami alahan yg sgt teruk..sampai tak boleh bangun, tak boleh makan dan minum,pening, loya, muntah tak berhenti..sehingga berat sy hilang 10kg dalam mase sebulan.

tetapi aper yg best kali ini sy dah mengenali SHAKLEE supplement yg semulajadi dan selamat..utk di awal kehamilan sy Vitamin C, B comp, vitalea, Ostematrix dan ESP..

Vitamin C untuk meningkatkan sistem imunisasi badan sy dan bby dan juga membantu penyerapan iron. Bonusnya kulit semakin cerah dan cantik.

ESP membantu sy utk lebih bertenaga, mengurangkan rase loya , mengawal keseimbangan bendalir dalam badan.

B Complex sebagai anti stress, membekalkan asid folic utk mengelakkan kecacatan dan bayi lahir tak cukup bulan dan juga memberikan tenaga.

Vitalea membantu menambah zat besi bagi mengelakkan pitam, lesu, dan bantu ibu lebih fokus dan stabil.

Ostematrix sebagai sumber kalsium sbb masa mengandung danish dulu sy alami sakit gg sbb ketidakcukupan kalsium dalam badan. Selain itu ia juga mengelakkan sembelit, kejang kaki dan sakit pinggang serta membantu ibu tido lebih lena.

apabila kandungan sy masuk 15 minggu sy mula mengambil Omega guard utk membantu perkembangan otak bayi.

Alhamdullilah..kandungan kali ini memang tak ada masalah..sy xde diabetis, bacaan hb sgt cantik dan peningkatan berat badan adalah terkawal..paling best kulit sy bertambah halus, gebus dan anjal..dan kli ni sy memang xde masalah strechmark malah strechmark yg dulu pom semakin pudar!!!!

sebab itulah pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah penting utk kesihatan ibu dan bayi, perkembangan otak dan minda bayi, perkembanngan fizikal bayi serta dapat megelakkan bayi dr mendapat jaundis.

Set Hamil Shaklee


@36weeks masih semangat g NC sbb nk jumper Roger Barnet utk amik award
 okies next entry akan sy kongsikan cara dan supplement sy semasa berpantang utk sy kekal cergas dan bertenaga semasa dalam pantang.


---------------------------------------------------------------------------------
Ni saya ambil kisah beliaun di blog beliau. boleh lawat disini.
Untuk warga Kota bharu, Melur, Pengkalan chepa, Taman tg Anis nak dapatkan supplement shaklee boleh hubungi beliau :)

BERMULA DENGAN SET PENYUSUAN SHAKLEE - PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM, UITM SHAH ALAM DAN BERDEKATAN

Suka saya nak kongsi kisah senior sekolah sains pasir puteh dulu ni. Hehe. Kalau ingat dulu2 saya takut dengan "geng" diorang ni. Macam 'orang kuat sekolah". Dia dah lama consume Shaklee. Lagi lama dari saya. Niat mula2 ambil set menyusu, bukan setakat susu banyak tapi bonusnya kulit dan badan makin kurus! Wah2, berganda2 bonus. sape x nak? Kalau nak sila contact dia. hikkksss

Jom kita baca kisah beliau menggunakan supplement Shaklee
---------------------------------------------------------------------------------

Pengalaman Sendiri Consume Shaklee
Testimoni diri sendiri, jom kongsi pengalaman...
(copy paste dr fb sy je sbb mls nk taip balik)

Starting point sy consume shaklee adlh sbb time iqbal 5bln sy mengalami bengkak susu yg serius slma seminggu, lps smggu baru pegi klinik, time tu mmg sakit sgt, jln pon rasa nk pengsan, susu mmg drop dh sbb sebelah mmg xkluar, n sakit, sian iqbal time tu sbb dia fully bf, kuatkan hati g klinik doc ckp kna mkn antibiotik for a week, lgla takut susu drop sbb spnjg sy tahu kalau mkn ubt dpt mengurangkan kuantiti susu, nak2 ubt selsema, (tp kesan mgkin brbeza brgantung pd individu).
Dlm takut2 tu mkn jgak ubt doc bg sbb kalau makin truk takut smpai kna operate (sori sbb sy xguna istilah sains utk nama bgkak susu etc sbb sy takut salah guna, hihi). 

Then bermulalah episod susu makin drop tp sakit bengkak tu day by day makin ok. Masa tu dh berkira2 nk bli susu formula sbb mmg dh nk give up. 

Then husband ckp, dia ada trbaca tntang supplements yg dpt tmbhkn susu bdn, then trus gugel, tadaa, jumpalah shaklee, disitulah episod pertama sy consume shaklee utk tmbahkan susu bdn. 

Tp yg paling sy gembira, sy dpt benefit byak sgt, slh 1 nya adlah sy xkena bengkak susu dh after that smpai skrg, happy sgt alhamdulillah. Sbb sblum iqbal umur 5bln tu dh byak kali sy kna bgkak susu, adala nak dkt 5x. 

Sy consume mula2 tu hanyalah ALFALFA, B-COMPLEX, VITALEA, VITAMIN C & LECITHIN. Sedih sgtla sbb susu bila pump dpt 1oz pon susah. Iqbal plak kuat menyusu, after mkn supplemt tu consistently alhamdulillah day by day susu makin byak, dia xbyk mendadak tau, slowly and gradually, tp ingat kna byak minum air dan pump or bg direct feeding. Kalau mkn supplement semata2 tanpa pump etc, mknlah berpuluh-puluh jenis supplement pon ttp xkan bg kesan. Hehe. So kuncinya adalah kena konsisten, supplement hanyalah bantuan tmbahan utk perbykkan susu. Then lps tu, sy slowly add on ESP, Ostematrik dan GLA.

So yg tu benefit utk tmbh susu. Paling best benefitnya adalah, bdn sy xlesu xpenat sperti sblom tu, sukaa sgt, rasa mcm robot blh buat kerja xbrenti smpai ke mlm tp still xrasa penat. Hubby pon nmpak perubahannya. Sbb sebelom tu kalau iqbal tido sy mstilah join sama kan, tp after amik supplements shaklee xtido pon xpe dah. Dan xrasa nk tido pon sbb bdn bertenaga. Best sgt. Rasa mcm dh jd superibu tetiba. Tp semuanya dtg dari Allah, suppement ni sebagai usaha kita, doa xleh tggal. Kena bergerak seiring. 

Jom sama2 ubah hidup kita, jom sama2 consume shaklee.


ni gambar sy zaman dulu yg before tu, barulah perasan muka sangatla kusam bila tgk balik gmbr lama, sori ni je gmbr yg ada lam pc, yg lain ada lam laptop malas nk bukak. yg after tu, gmbr tudung kelabu tu time raya baru ni, n yg satu lg tu last week dua2 xmekap, pkai bedak baby johnson saje. sy mmg cerah tp muka kusam, patutla dulu time blajar rasa mcm xberseri sgt muka. nasib baikla akhirnya jumpa jugak shaklee ni. alhamdulillah.

kalau berminat jangan malu2 contact sy 011-19300290 ya. xrugi beli shaklee sbb benefit dia utk badan mmg awesome.


♥♥♥♥♥
Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee? 
Hubungi saya Wawa Pengedar Shaklee anda, 011-19300290. 
Penghantaran (COD) area UiTM Shah Alam, Stadium Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Seksyen 7, Seksyen 2, Padang Jawa, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran. 
Pos ke seluruh Malaysia.

---------------------------------------------------------------------------------
Boleh jugak baca kisah beliau diblog dia sendiri. Atau boleh hubungi beliau sendiri untuk sebarang pertanyaan. very nice person, happy go lucky. Baik sesangat. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri produk shaklee :)

Friday, September 19, 2014

MAHU NAIKKAN BERAT BADAN? MAHU GEMUK?

Ramai orang nak kurus dari nak gemuk. Tapi macamana dengan orang yang ada masalah kurang berat badan atau dengan kata orang putihnya 'underweight'.



okay melalui post ini anda akan tahu mengenai -
--------------------------------------------

"sebab simple kenapa berat badan anda susah naik"
--------------------------------------------

"Keburukan menjadi sangat kurus"
--------------------------------------------

"Bagaimana produk shaklee membantu anda naikkan berat badan?"
--------------------------------------------

"Testimoni yang berjaya naikkan berat badan"
--------------------------------------------


1) SEBAB SIMPLE KENAPA BERAT BADAN ANDA SUSAH NAIK

  • Punca utama underweight disebabkan kekurangan nutrisi. Kurang makan makanan berkhasiat, kurang makan menyebabkan keperluan nutrient harian tidak mencukupi.
  • Faktor keturunan jenis metabolisma tinggi juga salah satu sebab berat badan susah naik. 
  • Penyakit Aneroxia Nervosa - Saya ada pengalaman sepupu saya ada penyakit aneroxia nervosa. Dia berada dalam bayang2 sendiri, nampak diri gemuk tapi sebenarnya kurus macam mayat. Biasanya dia akan buat macam2 cara untuk kelihatan kurus, x makan, senaman dan sebagainya. 
  • Masalah kecacingan yang menyebabkan masalah penghadaman.
Tahu tak anda, orang yang terlalu kurus, tulang dan otot tidak kuat dan gagal berfungsi dengan baik.

2) KEBURUKAN TERLALU KURUS
  • Senang sakit disebabkan antibodi lemah
  • Badan kurang stamina dan lemah
  • Cepat letih dan penat
  • Tulang mudah rapuh
  • Sukar mendapat zuriat
3) BAGAIMANA PRODUK SHAKLEE MEMBANTU ANDA NAIKKAN BERAT BADAN

Seperti yang saya kongsikan diatas, salah satu punca adalah disebabkan kekurangan zat makanan. Selera makan tiada menyebabkan kita kurang makan. 

1) MEALSHAKE  shaklee membantu cukupkan keperluan nutrient yang diperlukan badan dan mealshake juga membantu stabilkan berat badan anda kepada berat yang ideal.
Mealshake perasa vanilla yang sangat sedap. Baunya saje fuhh!! sedap sangat

Saya senarai pendek manfaat Mealshake:

  1. Mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral
  2. Kaya dengan protein dan bebas laktose.
  3. anti oksida berfungsi memusnahkan radikal bebas penyebab kepada kanser
  4. mengandungi serat larut untuk menyahtoksin racun dan sebagainya
  5. rasa french vanilla yang sangat sedap


2) VITALEA (MULTIVITAMIN) TERBAIK yang mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh manusia, formula lengkap dengan zat besi.

  • Membantu kecergasan tubuh dan kekuatan mental
  • Melengkapkan zat harian tubuh disebabkan diet yang tidak seimbang
  • Membantu kesihatan organ jantung dan hati
  • Membantu meningkatkan metabolisma dan awet muda
  • Mengelak dari pitam, dan pening
3) Bcomplex membantu badan kita membebaskan tenaga dengan baik dari makanan yang diambil. Selain itu dia membantu anda mengawal stress yang menjadi punca tidak mahu makan. Membantu tindak balas imun kuatkan sistem badan. Membantu pembentukan darah merah yang sihat.


TESTIMONI YANG BERJAYA NAIKKAN BERAT BADAN






Saya sendiri bagi anak2 saya mealshake disebabkan diorang sangat susah nak makan. Alhamdulillah sejak ambil Mealshake tiada lagi masalah susah nak makan, 

berminat untuk mencuba? boleh hubungi saya untuk konsultasi lanjut.





Jatuh Cinta dengan ESP Shaklee seterusnya menjadi ahli - Wakil Pengedar Shaklee Kajang, Bangi, Semenyih, Baranang

Assalamualaikum warga blogger. Hari ni saya nak kongsikan kisah macamana seorang student pada ketika itu join Shaklee dengan kumpul duit untuk beli supplement. Beliau tahu dia perlukan supplement. Sedikir sebanyak yang beliau kongsikan dengan rakan2 membantu beliau menjana pendapatan dengan shaklee


Jom kita ikuti kisah jatuh cinta adik manis comel lote ni dengan produk shaklee yang saya copy paste dari blog beliau;
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak kongsi sikit.
Assalamualaikum.
Salam Satu ramadan. Satu ramadan so terbuka hati nak upgrade blog. Upgrade sikit je. Alhamdulillah kita semua dapat sampai ke ramadan. *feeling blessed. Nak kongsi sikit pasal Shaklee. Sebab orang pelik tengok sy aktif sharing sana sini, semuanya berkisar tentang Shaklee.
"Kenapa join Shaklee? Macam mana  boleh join?"
Nak tahu ke? Okaylah saya pun berbesar hati nak share.
Bismillah. Cerita bermula bila along saya dia jd ahli Shaklee dan saya waktu tu interested dgn ESP ni. ESP ni utk korang yang ada masalah perut buncit ke, kulit kering ke, jerawat ke, etc etc. Actually ESP ni utk macam-macam tau. Dia punya fungsi multipurpose so untuk semua, boleh try ESP ni. Nak kurus pun boleh try ESP sebab dia kawal pemakanan kita. Kita akan rasa kenyang, so kurang makan then dpt ideal weight.
Saya try 1 canister ESP mula-mula sebab nak kulit cantik, nawaitu awal nya. Lepastu dlm seminggu saya konsisten minum, terkejut bila timbang berat dr 58 turun jd 54.5kg. Time tu terkejut sangat. Alhamdulillah happy tak terkata lah kan sebab kulit kering saya dah takde, rambut gugur pun dah kurang. Tak macam dulu. Kalau dulu mcm kak limah tau hehe. Bila dah happy dengan ESP saya pun tambah lg satu supplement; Sustained release Vit-c Plus hee. Waktu ni sambil2 tolong bisnes along saya (belum jd ahli lg) and waktu sy mula consume semua ni waktu kt Kedah, so time tu menyewa tak duduk kolej, kawan2 semua tgk sy gigih makan itu ini. Then ada yg interested. Along pun pesan time tu jadi lah member, untung2 dapat duit poket. Sy pun setuju. =)
Bermula kisah sy sebagai distributor waktu bulan 12 2013 (kalau tak silap saya). So saya share2 je ape yg saya dpt waktu consume ESP+SR.VitC Plus tadi. Kawan2 sekelas ada yg interested dia usik2 tangan saya, nak rasa kulit. Hehehe bila diorang rasa kulit sy lembut and tak kering diorang pun decide nak consume jgk! Alhamdulillah. Bukan sy show kulit sy kt diorang, tp the product speak itself ya know. =)
Pernah ada kawan tanya, "Najla tak mengantuk ke dlm kelas? Kitorang dah collapse habis dah ni." Saya senyum je lepastu tanya, "Dah breakfast ke korang?" They all jawab,"Belummmmmmmmmm." Saya cakap, "you should try ESP, itu breakfast saya tiap pagi heee."
ESP ni dia rasa soya. So peminat soya should be no problem with ESP. Tp utk those yg tak minat soya pun, boleh try sebab ESP ni boleh mix dgn ape2 yg korang suka. Contoh mcm ni;
Mix with dutch lady strawberry. yummy!
  • ditanam secara organik?
  • tidak menjalani proses genetik (Non-GMO)?
  • mengandungi 9 asid amino penting?
  • dalam proses pembuatan utk menghasilkan soya, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dgn air, bukan dgn alkohol?
  • bahan anti-thyroid atau anti-pertumbuhan disingkirkan?
  • diproses tanpa haba?
  • ditambah dgn kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid- ia menjadi neutral hanya jika kalsium ditambah)

Mula-mula saya cuma consume seperti dlm gambar tu. 2 jenis je. Sekarang alhamdulillah ada rezeki lebih, supplement pun dah bertambah, kulit makin best (klik for testimoni), badan makin sihat. =)
Apa yang saya consume sekarang;
  • ESP- breakfast tiap pagi. Sebelum breakfast yg pastinya. Kalau tak sempat nk breakfast, Esp jelah yg ganti breakfast saya. 
  • SR. VitC Plus- Vitamin c utk setiap hari, mmg kulit kita kalau nk cantik PERLU amal vitamin c. Dia baiki collagen. Bukan setakat putih muka, tp satu badan. Dia putih sekata, secara semulajadi tau. Kdg2 org pakai skincare je lebih, tang muka putih melepak tgk tangan "eeeeeeeeiiiuuuuuu muka putihhhhh, tgn hitammmm, mcm dayang senandungggg" ehehehe kbai
  • Vitamin E complex- utk elak jeragat, jerawat, and paling best hilangkan parut. 
  • Herblax- utk detox. Buang toksin and kotoran dlm badan. Sbb kdg2 digestion system tak brp effective so toxin keluar melalui skin. thats why detox.
  • Alfalfa- utk detox jgk but at the same time utk jaga 'kesihatan wanita'. *shy
  • GLA Complex- utk stabilkan kitaran period and prevent from period pain
  • BComplex- Vitamin B ni utk kulit cantik jgk. Kdg2 bila stress ke, so saya makan. Utk elak naik2 jerawat ape semua. Yelah jerawat pun sbb stress jgk. Ye dak?


Sesiapa yg suka minum soya tu, korang kena pastikan soya yg korang minum tu baik utk kesihatan. Sebab tak semua soya sihat. Whuutttttzzz?? Yezza, tak semua elok. Nah kaji ni. Adakah ayaq soya yg uolls minum...
Kalau semua jawapan uolls adalah TIDAK, so here's the time to change to ESP Shaklee.
Setakat ni itu jelah yg saya makan. InsyaAllah kalau ade rezeki lebih saya nak add on lagi satu supplement ehehehe yg lg menarik yg pastinya. Jeng jeng. Tunggu yeee next entry. Mihihi

Utk more info boleh whatsapp saya kt sini 0195275145. Banyak lg nak share ni sbb benda best kan rugi lah kalau tak share so tunggu next entry ea sbb ni pun dah mcm too much je hehehe. Till then, assalamualaikum.

Najla Mohayidin | 0195275145
Your beauty and health consultant.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih najla for sharing. Apa yang diceritakan najla bukan sekadar dapat kulit cantik, tapi x mengantuk dalam kelas, energetik dan semua kawan2 terdekat perasan perubahan tu. Yakin ke x yakin?:) Jadi Anda boleh hubungi beliau untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai supplement Shaklee. Boleh juga whatsapp beliau di 0195275145 untuk pertanyaan lebih lanjut dan bertanya sendiri pengalaman beliau. Boleh juga follow blog beliau sendiri

Akhir kata, Jika anda berminat untuk join di bawah Group Besar kami, boleh hubungi saya di 0179350152 @ email di basiedaria_comay@yahoo.co.uk

Thursday, September 18, 2014

Hindari Kebutaan, Hargai mata anda


Cuba pejam mata sekejap, betapa gelapnya dunia. Macamana la kalau hilang penglihatan. Sebab tu la pentingnya menjaga kesihatan mata. Dalam Berita Harian 16 SEPT 2014 ada cerita mengenai potensi menjadi buta, meh kita baca sekejap...

Berita Harian 16/9/2014 - Hindari Kebutaan

SEHINGGA 80 peratus daripada tanggapan manusia tercetus menerusi penglihatan dan membantu kita bergerak serta meneroka dunia di sekeliling kita. Dalam sekelip mata, organ ini bergandingan dengan otak bagi membentuk persepsi cahaya dan penglihatan termasuk perbezaan warna dan persepsi kedalaman.
Bagaimanapun, kebanyakan daripada kita kurang menghargai dan mungkin mengabaikan mata yang dikurniakan sehinggalah apabila kita mengalami masalah penglihatan. Ketika itu baru kita tersedar dan terpaksa mendapatkan khidmat pakar oftalmologi yang mengesahkan seterusnya merawat penyakit okular (gangguan penglihatan dan penyakit mata) dengan kaedah rawatan terkini bagi mengekalkan penglihatan.
Seperti kebanyakan penyakit lain, diagnosis awal dan rawatan perubatan boleh mengurangkan kesan penyakit okular dan membantu memperbaiki penglihatan. Namun demikian, biasanya mata tidak terasa sakit apabila terdapat masalah terutamanya pada peringkat awal penyakit okular.
Penilaian oftalmologi yang teliti boleh mendedahkan masalah dalam sistem visual dan struktur berkaitan juga penyakit yang kurang lazim tetapi sangat serius seperti tumor okular. Penilaian ini juga mungkin mendedahkan pelbagai bentuk penyakit sistematik yang menjejaskan mata seperti hipertensi dan diabetes.
Penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan seperti glaukoma, katarak, degenerasi makular berkaitan usia (AMD) dan retinopati diabetes merupakan penyakit okular yang paling umum didapati di Malaysia. Penyakit-penyakit ini boleh pulih jika diberikan rawatan sewajarnya.
Demikian menurut Pakar Runding Oftalmologi, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Kenneth Fong semasa sesi memperkenalkan kamera Daytona Optos Fundus di pusat perubatan itu, baru-baru ini. Turut bersama ialah Dr. Tara George yang juga merupakan pakar runding oftalmologi pusat perubatan tersebut.
Kamera Daytona Optos Fundus merupakan peralatan sulung sepertinya di Malaysia yang berlandaskan teknologi pengimejan retina terkini yang merakamkan pemandangan 200 peratus bagi retina dalam satu imej dalam masa kurang daripada satu saat tanpa penggunaan titisan mata bagi membesarkan anak mata.
“Kamera ini menggunakan teknologi canggih bagi menguji masalah yang mungkin tidak dapat dikesan dengan menggunakan teknik dan peralatan biasa. Pesakit biasanya kurang selesa dengan titisan mata kerana penggunaannya menyebabkan penglihatan kabur selama beberapa jam. Ujian dengan peralatan ini mampu oleh kebanyakan orang dengan kos sebanyak RM70 bagi kedua-dua mata pesakit dan sangat berkesan bagi mengesahkan penyakit seperti retinopati diabetes.
“Diagnosis awal membolehkan rawatan serta-merta dan awal contohnya rawatan laser dilakukan bagi mencegah buta. Penggunaan peralatan moden seperti laser Quantel Supra Yellow membolehkan rawatan laser retina dilakukan dengan jauh lebih cepat dan selesa berbanding mesin laser lain.
“Pengesanan awal dan rawatan segera boleh mencegah atau melengahkan kehilangan penglihatan tetapi malangnya banyak penyakit ini tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga kehilangan penglihatan sudah berlarutan. Oleh itu, pemeriksaan mata secara berkala perlu diberi keutamaan demi melindungi penglihatan anda," kata Dr. Fong.
Tanda awal penyakit mata
Beliau menambah, penggunaan teknologi serba maju untuk pemeriksaan dan diagnosis memainkan peranan penting bagi menilai tanda awal penyakit mata sebelum pesakit menyedari gejalanya. Adalah penting untuk membezakan antara pemeriksaan penglihatan biasa, yang merupakan ujian mata terhad dengan pemeriksaan mata komprehensif yang dilakukan oleh pakar oftalmologi yang melakukan ujian teliti daripada semua aspek.
Ujar Dr. Fong, berasaskan keputusan pemeriksaan, doktor akan mencadangkan pelan rawatan mengikut keperluan khusus termasuk penggunaan kaca mata dan kanta lekap, senaman mata atau pembedahan bagi masalah otot. Juga sekadar cadangan untuk datang sekali lagi bagi menjalani pemeriksaan mata dalam tempoh tertentu.
“Bagi mereka yang menghidap diabetes, perlu menjalani pemeriksaan retina mata setiap tahun. Golongan yang berisiko tinggi termasuklah mereka yang menghidap diabetes selama lebih 10 tahun, wanita hamil yang menghidap diabetes dan golongan muda yang masalah diabetes mereka tidak dapat dikawal dengan baik.
“Golongan ini memerlukan pemeriksaan yang lebih kerap dan rawatan yang awal serta agresif bagi mencegah buta. Memandangkan diabetes dijangka mencapai paras wabak di Malaysia, dengan satu dalam lima orang dewasa dijangka mengalami diabetes menjelang tahun 2020, pemeriksaan mata awal merupakan langkah yang amat perlu.
“Doktor perlu bekerjasama dengan pakar perubatan lain kerana penyakit seperti diabetes memerlukan pendekatan berbilang kepakaran," jelasnya.
Beliau berkata, sepanjang tempoh perkembangan mata sejak lahir, pemeriksaan mata bayi yang komprehensif boleh mengesan dan merawat masalah di peringkat awal bagi mencegah kelewatan perkembangan dan masalah penglihatan kekal. Dalam kalangan anak kecil, pemeriksaan mata awal dan sewajarnya boleh mengesan masalah refraksi seperti rabun jauh, rabun dekat dan astigmatisme.
Walaupun jika masalah refraksi tersebut adalah ringan, menurut Dr. Fong, mereka yang menghadapi risiko ambliopia atau strabismus lebih tinggi yang menimbulkan masalah persepsi kedalaman dan menyebabkan kecacatan penglihatan kekal. Dua keadaan ini boleh dialami secara berasingan atau bersama dan perlu diperbetulkan seawal yang mungkin sebaik-baiknya sebelum memasuki tadika.
“Jika tidak dirawat, kekurangan ini mungkin menyebabkan kehilangan penglihatan kekal sepanjang hayat yang boleh mengehadkan pilihan kerjaya dan nikmat hidup," kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140916/kn_01/Hindari-kebutaan#ixzz3Dfwr0lIh
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Mata antara organ terpenting untuk kita. Kanak-kanak yang masih kecil dah terpaksa pakai cermin mata, korang rasa apa puncanya? Pada pandangan saya, gajet-gajet permainan masa kini pasti menjadi antara punca yang utama.
Dulu masa kita budak-budak, memang jarang rakan-rakan sekelas kita yang bercermin mata kan. Tapi sekarang budak tadika pun dah ramai yang bercermin mata. Kalau dulu, bercermin mata sebab selalu belajar dalam gelap, sekarang ni bercermin mata sebab selalu tenung skrin yang bercahaya.. korang setuju tak?
Tapi kalau orang dewasa bercermin mata, dah agak biasa la kan. Maklumlah mata kita tu dah bertahun-tahun digunakan. Lepas tu nak siapkan kerja pun hari-hari kena pandang skrin komputer je. Dari situ, sedikit sebanyak, terjejas juga penglihatan kita. Tapi itu bukannya alasan untuk mengelak dari menjaga mata. Sekali hilang penglihatan, seumur hidup kita dalam kegelapan.
Saya ambil Carotomax shaklee untuk perlindungan mata saya. Sebab saya juga ada masalah rabun. Kiri 450, kanan 500. tapi alhamdulillah January 2014 hari tu saya hadiahkan diri sendiri buat LASIK. Sekarang teruskan ambil carotomax ni untuk elakkan rabun berulang. Cukup2 bersyukur dengan peluang kedua Allah swt bagi. Bukan mudah!
haaa ni la rupa carotomax tu
prevention is better than cure

Wednesday, September 17, 2014

TIPS, DOA DAN ZIKIR MENJAYAKAN PENYUSUAN

Okay saya nak share beberapa tips untuk pasangan membantu menjayakan penyusuan bayi. Bagi saya suami memainkan peranan yang sangat penting terutama dari segi 'mood' isteri. Setuju x? Ibu dalam pantang terutama anak pertama segala jadual 100% berubah. Anak menjadi keutamaan. Jadi suami perlu membantu memastikan ibu kepada anak anda dalam mood yang baik dan stabil. Ini penting dalam penghasilan susu badan. Ibu yang dalam keadaan stress susu akan merudum. Jadi papa memainkan peranan yang penting! :)

Tips seterusnya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, pastikan anda memberi anak anda susu ibu secepat mungkin. penting untuk pastikan bayi anda terus pandai menghisap dengan cara direct feeding. Lagipun Kolostrom(susu awal) selepas kelahiran sangat penting kerana ia kaya dengan antioksida dalam bentuk vitamin E dan beta carotene yang dapat melindungi bayi dari serangan kuman. Selain itu, susu ibu juga penting untuk tingkatkan sistem imun bayi.

Kedua, seminggu selepas kelahiran atau kurang dari itu ibu dah boleh memulakan sesi mengepam untuk mendapat rangsangan penghasilan susu selain direct feeding. Boleh mula menyimpan stok susu untuk bekalan apabila mula bekerja nanti. Dan jangan lupa catat tarikh di botol/plastik simpan susu dan pastikan semua perkakas di sterilkan.

Buat yang beragama Islam, banyakkan berzikir untuk tenangkan bayi. Elakkan stress terutama semasa anak sedang menangis. Jangan teruskan penyusuan jika bayi makin kerap menangis. Tenangkan bayi dulu baru teruskan penyusuan.

zikir Ya Matin 100-1000x sehari

Selawat dan bismillah sebelum menyusu


Letakkan tangan pada payudara, usap dan doa semoga dimudahkan dan dimurahkan rezeki anak menyusu sehingga 2 tahun.


Amalkan doa dari Al quran untuk memastikan susu mencukupi untuk bayi. Antaranya, Surah alqarah ayat 60
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
   
[72]
Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
[73]
Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?


Seterusnya, ibu kena pastikan minum air kosong yang mencukupi. Pastikan minum air suam sebelum dan selepas mengepam atau menyusu. 

Ibu kena makan makanan yang seimbang supaya susu yang dihasilkan berkualiti. Jika perlu ambil supplement. Supplement penting untuk cukupkan nutrient yang diperlukan badan. Banyakkan pengambilan sayur dan buah buahan.

INGAT! Usah dengar kata orang yang bayi menangis disebabkan susu tidak mencukupi. Susu ibu adalah rezeki anak tapi sebagai ibu kita kena berusaha bersungguh sungguh untuk memberikan susu ibu kepada anak. 

Semoga Allah SWT permudahkan urusan ibu ibu diluar sana menjayakan penyusuan. Jika anda menghadapi masalah dan ingin dapatkan konsultasi saya sudi untuk berkongsi pengalaman menyusukan 2 anak saya sebelum ini. Jika ingin mencuba SET PENYUSUAN SHAKLEE juga saya alu alukan untuk berkongsi. Semoga kita semua beroleh pahala berlipat kali ganda dengan usaha ini :)

Pengurusan Masa terbaik

Malam ni terasa nak menangis. Tapi X tahu sebab apa, hati ni rasa sesuatu. Sesuatu yang X tahu untuk diluahkan.  saya harap perasaan ni akan cepat berlalu pergi. Ye, Plz pergi jauh dari diriku.
Betul X, kita tidak pernah rasa ada masa yang cukup dalam hidup kita. Kita dibanjiri dengan pelbagai kerja yang perlu disiapkan, tanggungjawab peribadi, kerja rumah, anak2 yang tengah membesar perlukan perhatian, buku2 bertimbun dibeli tapi kulitnya masih baru tak bersentuh. Semua ni datang bertubi tubi sebaik sahaja bangun pada waktu pagi. Menghadapi hari demi hari.

Kadang2 kita rasa kita perlukan seseorang atau orang terdekat untuk mendengar luahan. Tapi X semua orang suka dan sudi dengar luahan kita. Apa patut buat? Mengadu pada Allah swt, itu yang selalu saya ingatkan diri sendiri. Menangislah, merintihlah, merayulah, bercakaplah Dia sudi mendengar setiap patah perkataan mu.
Baru2 ni saya ada google tapi dah lupa dari sumber mana, bila cari balik X jumpa dah. Macamana nak urus masa dengan baik. Nak bahagikan masa antara bisnes @ kerja dengan keluarga. Menurut kata artikel tersebut kita sebenarnya mampu mengawal masa dan kehidupan kita dengan mengubah cara berfikir, mengubah cara bekerja, dan mengubah cara melaksanakan tanggungjawab kita. Fokus kepada perkara penting dan berikan keutamaan kepada perkara yang perlu didahulukan dan yang mendatangkan sesuatu yang positif sahaja.

'APA YANG KITA FIKIRKAN ITULAH YANG AKAN KITA DAPAT'

Sedang dipraktikkan. In shaa allah akan berterusan. Tak nak sedih2. X nak perkara perkara negatif datang dalam hidup saya. Ye, X nak.

Pernah tak dengar orang cakap
"Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", atau sendiri pernah rasa macam tu? Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. Jadi bila org kata,"semoga dpt rezeki yg berkat",
itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat.
Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2.

Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik.

Subhaanallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. InshaAllah. Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal. 

Muhasabah diri 
Mungkin diri ini belum yang terbaik

Monday, September 15, 2014

TIPS LANCARKAN PENYUSUAN SELEPAS BERSALIN


Proses penyusuan bukanlah perkara mudah lebih-lebih lagi buat ibu yang baru pertama kali melaluinya. Tanpa ilmu di dada dan sokong padu suami dan keluarga terutamanya, ramai ibu yang gagal menyusukan bayi sebaik bersalin. Semoga tips di bawah membantu bakal ibu di luar untuk memulakan penyusuan susu ibu sebaik bersalin:

1. Mulakan penyusuan sebaik sahaja bayi anda dilahirkan. Pengalaman saya, kedua dua anak saya doktor terus letakkan pada dada saya lepas baby keluar dan menyusu, sekejap je then suami ambil untuk azan dan iqamat. 
    • Kajian menunjukkan selepas beberapa minit lahir, bayi dengan automatik akan mencari puting ibu untuk menyusu. Bayi yang ‘self-attached’ akan mengalami kurang masalah dengan penyusuan badan.
2. Jangan mengehadkan tempoh menyusu atau kekerapan bayi anda menyusu.
    • Ramai mengatakan bayi sepatutnya diberi susu setiap 2 jam. Tetapi belajar memahami kehendak bayi anda dan tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda lapar. Susukan bayi anda jika dia mahu.

3.  Lekapan (Latch) yang betul antara bayi anda dengan puting memastikan kejayaan proses penyusuan anda.
    • Lekapan yang sempuna adalah kunci kejayaan dalam proses penyusuan badan. Jangan segan untuk bertanya kepada mereka yang pakar dan pastikan anda tahu cara bagi memastikan bayi anda menyusu dengan sempurna. Puting melecet antara tanda lekapan yang tidak sempurna.

4. Susu formula percuma bukan penyelamat anda.
    • Tujuan utama anda diberikan sampel susu formula percuma adalah untuk menggalakkan anda membeli susu formula keluaran syarikat mereka. Tiada yang lebih berkhasiat selain dari susu ibu. Bayi anda berhak mendapat nutrisi terbaik dan pastikan anda memenuhi hak mereka. Jika bayi anda melekap dengan sempurna, kemungkinan untuk bayi anda menyusu sehingga kenyang adalah tinggi. Jadi, tidak perlu berikan bayi anda susu formula tetapi belajar cara yang betul untuk memastikan bayi anda melekap dengan sempurna.
5. Fahami konsep ‘Demand & Supply’
    • Di sekitar minggu ke 28 kehamilan, badan anda akan mula menghasilkan susu. Jadi, tidak ada alasan kenapa anda tidak boleh memberi bayi anda susu badan sebaik sahaja dia lahir. Untuk memastikan susu badan terus terhasil pastikan anda mengamalkan konsep ‘Demand & Supply’. Badan anda memerlukan rangsangan (Demand) untuk menghasilkan susu (Supply). Rangsangan boleh terjadi melalui hisapan bayi atau pam.

6. Nutrisi sempurna.
    • Nutrisi yang lengkap dan seimbang akan memastikan kesihatan anda berada pada tahap optimum dan secara tidak langsung akan membolehkan badan anda terus menghasilkan susu badan. Komponen utama susu ibu adalah protein, kalsium, vitamin, mineral dan cecair. Pastikan diet harian anda lengkap dengan kesemua komponen ini dan anda tidak akan ada masalah untuk terus menghasilkan susu buat si kecil. Kekurangan nutrisi akan menganggu kesihatan badan ibu dan secara tidak langsung akan mengganggu proses penghasilan susu badan.

7. Tenang, positif, doa dan istiqamah
    • Susu ibu adalah anugerah Allah untuk si kecil. Anda harus sentiasa bertenang, elakkan tekanan emosi yang melampau, sentiasa berfikiran positif bahawa anda mampu menghasilkan susu badan untuk si kecil, sentiasa berdoa dan istiqamah dalam melakukan rangsangan (Demand) agar badan anda mampu menghasilkan susu (Supply).
 Saya doakan anda yang sedang mengandung dan membaca tips2 diatas agar berjaya merealisasikan impian untuk penyusuan sepenuhnya anak anda. amin.Ingat, banyak manfaat yang ibu dan anak dapat melalui penyusuan. say yes to breastfeeding.!
Anda mungkin berminat dengan untuk saya kongsikan Tips Merealisasikan Penyusuan Eksklusif Susu Ibu melalui produk shaklee. ia hanya satu ikhtiar melalui pengalaman saya sendiri yang berjaya menyusukan anak kedua saya selama 2 tahun 5 bulan berbanding abangnya yang hanya 40 hari!
Hubungi saya - mija 0179350152
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...