Followers

Google+ Followers

Wednesday, July 9, 2014

Pengalaman memohon Visa ke USA

Assalamualaikum wbt,

Malam ni mood nak buat entry pasal Us visa application. Sebenarnya dah lama nak buat tapi memandangkan sekarang ni bulan Ramadhan saya sangat maximise kan masa saya. hehehe.

Sebelum saya proceed dengan procedure, suka saya advice apply visa at least 3  bulan sebelum tarikh plan nak kesana. Jika lengah2 dan visa anda bermasalah pihak US Embassy doesn't care about your flight date, purpose your travel or etc. Procedure diorang sangat strict.(saya akan ceritakan kejap lagi)

OK saya akan mulakan dengan checklist untuk permohonan Visa

1) Pergi kedai gambar yang biasa ambil gambar untuk visa. Setiap negara format berlainan. So, masa ke kedai bagitau kaunter saya nak ambil gambar utk visa ke US. Kalau kedai tu biasa buat dia akan tau format. Boleh click DISINI untuk panduan mengambil gambar. Make sure kedai betul tau format. It happened to me. Saya ambil gambar 3x dikedai yang berlainan! Huhhh! berapa banyak masa dihabiskan disebabkan gambar sahaja. 1st kedai yang saya pergi x bagi soft copy dan try scan dekat rumah tapi masa try utk approval photo tapi REJECTED! So make sure to get the soft copy. You need to upload your your copy for Online Registration Form. Bukan senang tp xde la susah pun. hehe

2) Buat bayaran di mana2 Standard Charted Bank dengan bayaran RM512perhead. Saya kena rm512 x 2 sebab bawak asben skali.. hikkssss. Click DISINI untuk info bayaran. Jangan lupa sebelum ke bank bawak Slip Pembayaran :P (slip dan resit x sama)

3) Okay dah leh mulakan untuk isi US Visa Application Online. Click DISINI untuk guideline dan click DISINI untuk terus mengisi borang.

  • Lengkapkan form dengan sabar dan teliti. Sebab macam2 yang ditanya dan jawab dengan jujur.
  • Macam kes saya, saya hanya pergi melancong so saya pilih code B2 for non imigrant visa.
  • Surname n given name. Surnama tu nama ayah kita. Contohnya, Che Mat. Given name tu baru nama kita beserta binti. Contoh : nurhamizah binti
  • Sebab saya ni pegi trip di sponsor oleh shaklee, so shaklee memang dah provide all the documentation, itenary kat sana semua. Jadi senang la isi form tu sebab form tu tanya kt mana kita menginap sepanjang kita berada disana, contact no dan sebagainya semua diorang nak.
  • Lepas dah puas hati semua dengan segala details boleh submit and save. 
4) Lepas dah settle urusan DS-160 (online form tadi) boleh set date untuk appointment dengan US Embassy. Click DISINI untuk appointment. macam saya hari tu seminggu selepas isi form tu baru ada kekosongan tarikh interview. 

5) Interview - pastikan semua documen yang diorang nak tu bawa bersama dan kalau ada supporting document lagi bagus. Bawak je, kadang2 ianya berguna masa interview. 

keperluan yang perlu ada antaranya,

Passport
Complete DS-160 form
Photo
Payment Receipt
Payment Slip
Supporting document (purpose of travel) depends la, kdg2 ia diperlukan masa interview. mcm kes member2 sy yang pegi diorang bg surat dari shaklee. so diorg tau purpose kita ke sana for trip vacation

Pastikan tidak terlewat dengan waktu interview. Jika terlewat kena set another appointment date. US Embassy kat tengah2 KL so possibility akan jem itu ada kalau hari bekerja. So pastikan pergi awal. 
Pakaian x kisah. uols pakai je nak pakai baju apa as long selesa buat korang. Masa sampaidi Embassy kita kena beratur tunggu Q untuk masuk. Masuk dalam tu badan kita kena scan macam kat airport tu, HP switch off, segala gadjet2, wallet, belt kena bukak. Jangan risau Guard akan jaga barang2 kita dengan baik. 

then, masuk ke dalam embassy ambil no depan pintu, ada guard yang akan jaga dan bagi kita no. Take the number and wait for your turn at the waiting room. Sepanjang disitu no kita akan dipanggil 3x. First interview to submit all the documents needed such as passport, complete DS-160 form, interview letter, photo and payment receipt. tapi masa kitorg hari tu die xde plak ambil payment receipt ni. Lepas tu pegi duduk balik dekat waiting room sampailah no dipanggil kali kedua. Second interview simple je, dipanggil untuk ambil semua cop jari kita. 10 cop jari okay. diorang scan jerk. hikksss.

3rd session is orally interview, interviewer tu akan tanya la soalan kat kita. Masa tu saya masuk sekali dengan husband. Soalan2 yang tanya

Have you been travelled to USA?
What are your purpose of Travelling?
Your Current Income?
What is your job (ni dia tanya suami saya la sebab dkt DS 160 suami saya bagitau die keja dekat petronas)

Then, tiba2 officer tu tulis sesuatu, panjang lebar dekat dia punya pc. pastu dia ambil PINK SLIP isi nama 'Che Mat Nurhamizah Binti'. Dalam hati saya masa tu ' haa sudah, macam visa x approved je. interviewer tu cakap suami saya passed. lepas tu dia kembalikan passport saya bersama dengan pink slip tadi. Pink slip ni untuk administrative proceeding dimana saya perlu hantar beberapa personal information for pass 15 years. Saya tanya interviewer kenapa saya dapat pink slip dan dikembalikan passport. dia just jawab jawapan standard "you have been selected for administrative processing, simple procedure, no worries" hahaaha.. geram aku tau. Rasa masa tu harapan nak ke USA dah musnah. hiksss emo je lebih kann.. 

Sebenarnya, you got the pink slip doesn't mean that your visa being rejected. takkkkk. further information je. ada la tu diorang trace pape dari history kita. Sebelum diorang interview kita diorang dah tau everything pasal kita. Percaya x? ye, hatta your facebook account, your blog, your passport history, your dad and mom passport history. semua dia boleh access tau. 

Sepatutnya lepas balik dari embassy weols nak gi shopping la kt universal traveller beli pape yang ptt then baju raya dekat kids sebab mmg x prepare pape lg utk diorg. Tapi sebab visa x lepas mood xde. terus balik rumah karang email dan bagi semua information diorang mintak dengan jujur sejujurnya. dengan harapan my visa akan approved secepat mungkin. 

Sepanjang 7 hari lepas submit email, ai doa x putus, buat solat hajat. ai doa, 'Ya Allah, Jika aku dapat ke USA memberi kebaikan kepadaku, keluarga dan bisnes Shaklee yang menjadi pendapatanku dengan izinMu sekarang, Kau permudahkanlah urusan kami sehingga kami selamat balik ke Malaysia tercinta semula'. Aku serahkan kepada Allah sepenuhnya. Alhamdulillah, pada hari ke 7, dalam 10 pagi aku dapat email yang menyatakan visa aku approved dan perlu drop visa pada diorang. Alhamdulillah!! menangis semahunya. hihi. Alhamdulillah Allah swt perkenankan.

Trip ke USA adalah kali pertama saya ke oversea sepanjang hidup saya. Kami anggap ini honeymoon pertama kami berdua sebab kami tak pernah honeymoon sepanjang kawen. hihi. Dan kami ke sana membawa misi dan visi untuk bisnes kami.

Niat post ini tujuan untuk orang lain yang juga apply visa USA yang mendapat nasib sama seperti saya :) semoga kalian dipermudahkan. :)




5 comments:

  1. Apa keputusannya? Dapat ke tak dapat visa dan berapa tahun husband dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selamat balik dah pun.. hikhik. x sempat nak update pasal usa trip lg ni

      Delete
  2. Masa die suh drop tu kt mana? And brp lama lps tu dpt visa pulK?

    ReplyDelete
  3. Lepas interview tu, email info yg diorg mintak, 7 hr lepas submit email tu baru dpt info yg visa approved then kena submit passport dkt drop off point. X ingat dh nama tempat tu. 2 hr lepas tu dpt balik passport with visa la by courier. �f😃

    ReplyDelete
  4. agak agak kenapa dia bagi pink slip tu? I student nak apply visa tadi tapi dia bagi pink slip tu jugak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...