Followers

Google+ Followers

Wednesday, September 17, 2014

Pengurusan Masa terbaik

Malam ni terasa nak menangis. Tapi X tahu sebab apa, hati ni rasa sesuatu. Sesuatu yang X tahu untuk diluahkan.  saya harap perasaan ni akan cepat berlalu pergi. Ye, Plz pergi jauh dari diriku.
Betul X, kita tidak pernah rasa ada masa yang cukup dalam hidup kita. Kita dibanjiri dengan pelbagai kerja yang perlu disiapkan, tanggungjawab peribadi, kerja rumah, anak2 yang tengah membesar perlukan perhatian, buku2 bertimbun dibeli tapi kulitnya masih baru tak bersentuh. Semua ni datang bertubi tubi sebaik sahaja bangun pada waktu pagi. Menghadapi hari demi hari.

Kadang2 kita rasa kita perlukan seseorang atau orang terdekat untuk mendengar luahan. Tapi X semua orang suka dan sudi dengar luahan kita. Apa patut buat? Mengadu pada Allah swt, itu yang selalu saya ingatkan diri sendiri. Menangislah, merintihlah, merayulah, bercakaplah Dia sudi mendengar setiap patah perkataan mu.
Baru2 ni saya ada google tapi dah lupa dari sumber mana, bila cari balik X jumpa dah. Macamana nak urus masa dengan baik. Nak bahagikan masa antara bisnes @ kerja dengan keluarga. Menurut kata artikel tersebut kita sebenarnya mampu mengawal masa dan kehidupan kita dengan mengubah cara berfikir, mengubah cara bekerja, dan mengubah cara melaksanakan tanggungjawab kita. Fokus kepada perkara penting dan berikan keutamaan kepada perkara yang perlu didahulukan dan yang mendatangkan sesuatu yang positif sahaja.

'APA YANG KITA FIKIRKAN ITULAH YANG AKAN KITA DAPAT'

Sedang dipraktikkan. In shaa allah akan berterusan. Tak nak sedih2. X nak perkara perkara negatif datang dalam hidup saya. Ye, X nak.

Pernah tak dengar orang cakap
"Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", atau sendiri pernah rasa macam tu? Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. Jadi bila org kata,"semoga dpt rezeki yg berkat",
itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat.
Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2.

Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik.

Subhaanallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. InshaAllah. Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal. 

Muhasabah diri 
Mungkin diri ini belum yang terbaik

1 comment:

  1. Betul la pendapat Miza tu..masa akan rasa lebih panjang jika kita solat awal..baru Acik perasan..terima kasih berkongsi pendapat mengenai masa ini..

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...