
Tips seterusnya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, pastikan anda memberi anak anda susu ibu secepat mungkin. penting untuk pastikan bayi anda terus pandai menghisap dengan cara direct feeding. Lagipun Kolostrom(susu awal) selepas kelahiran sangat penting kerana ia kaya dengan antioksida dalam bentuk vitamin E dan beta carotene yang dapat melindungi bayi dari serangan kuman. Selain itu, susu ibu juga penting untuk tingkatkan sistem imun bayi.
Kedua, seminggu selepas kelahiran atau kurang dari itu ibu dah boleh memulakan sesi mengepam untuk mendapat rangsangan penghasilan susu selain direct feeding. Boleh mula menyimpan stok susu untuk bekalan apabila mula bekerja nanti. Dan jangan lupa catat tarikh di botol/plastik simpan susu dan pastikan semua perkakas di sterilkan.
Buat yang beragama Islam, banyakkan berzikir untuk tenangkan bayi. Elakkan stress terutama semasa anak sedang menangis. Jangan teruskan penyusuan jika bayi makin kerap menangis. Tenangkan bayi dulu baru teruskan penyusuan.
zikir Ya Matin 100-1000x sehari
Selawat dan bismillah sebelum menyusu
Amalkan doa dari Al quran untuk memastikan susu mencukupi untuk bayi. Antaranya, Surah alqarah ayat 60
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
[73]
Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
Ibu kena makan makanan yang seimbang supaya susu yang dihasilkan berkualiti. Jika perlu ambil supplement. Supplement penting untuk cukupkan nutrient yang diperlukan badan. Banyakkan pengambilan sayur dan buah buahan.
INGAT! Usah dengar kata orang yang bayi menangis disebabkan susu tidak mencukupi. Susu ibu adalah rezeki anak tapi sebagai ibu kita kena berusaha bersungguh sungguh untuk memberikan susu ibu kepada anak.
Semoga Allah SWT permudahkan urusan ibu ibu diluar sana menjayakan penyusuan. Jika anda menghadapi masalah dan ingin dapatkan konsultasi saya sudi untuk berkongsi pengalaman menyusukan 2 anak saya sebelum ini. Jika ingin mencuba SET PENYUSUAN SHAKLEE juga saya alu alukan untuk berkongsi. Semoga kita semua beroleh pahala berlipat kali ganda dengan usaha ini :)
No comments:
Post a Comment