Followers

Google+ Followers

Monday, November 3, 2014

RENOVATE RUMAH

Tiba2 rasa nak update pasal renovation rumah. Fuhh! Part paling mencabar. Extend bahagian belakang je pun. ada 14 kaki tanah kosong kat belakang. Jadi kitorang plan nak buat bilik tambahan lagi 1 kt bawah dan besarkan dapur. ahaks. supaya rajin memasak. kehkeh.

Sebenarnya kami dah lama merancang. menabung punya menabung sampai la kami sign kontrak bulan januari 2014. Tapi!! Start renovation adalah pada bulan september. hehe. lama gila kan. Masa sign agreement tu kami kena bayar 5% deposit dari total kos ubah suai rumah. Plannya akan start on April 2014. Tiba2 kontraktor call bagitau dia tengah banyak kerja in progress. X sempat nak handle, Kalau nak teruskan jugak rumah x sempat nak siap sebelum raya. Bulan ogos plak kami ke USA 2 minggu. Bincang punya bincang setuju la nak start bulan September. Janji 1 September skali 3 september baru start. normal la part tu kan. :)

dah naik column

kerja2 sedang dijalankan. 

Ni seminggu pertama kerja2 dijalankan. on progress works tu xde ambil gmbar sangat sebab rasa kotor, berdebu, penuh barang dan menyerabutkan. hahaha.

Keluasan kami extend ni 14 kaki (L) x 22 kaki (W). Total renovation cost dalam contract RM44,600.00 termasuk kitchen cabinet. Ramai terkejut dengan harga tu. sebab dari keluasan tu diorang estimate dalam 65k-100k tanpa kitchen cabinet.

Aku pun sebenarnya rasa murah. Tapi logik la dengan harga masa tu january 2014. Sape suh tangguh kan. padan muka. Jadi, aku x nak diorang buat kerja cikai2 sebab harga murah kan, jadi aku gunakan ilmu aku sebagai yang pernah belajar Quantity Surveying ni aku memang pantau kerja2 diorang setiap 2 hari. Penat sket la ulang alik selama 2 bulan dari Putrajaya ke Sri Pristana, Tapi sayang rumah punya pasal. hikhik. apa pun sanggup. Sape tak sayang rumah sendiri kan. ye dok?

Sepanjang ubahsuai rumah ni aku duduk rumah kakak aku kat putrajaya. 
okay sampai sini dulu.. nanti aku sambung lagi part2 lain.. part beli lampu, aircond, kipas, suis, sinki, bathroom accessories, hub & hood, dan etc.



1 comment:

  1. wow.. murah gak..
    tapi baru ni saya renovate sambung dapur 15kaki x 30kaki dalam rm39k shj termasuk kitchen cabinet dan pagar batu keliling rumah. Rumah saya ni rumah lot kampung, kira kerja dan bahan lagi banyak la sbb kiri kanan kena buat kemas2.

    Kontraktor tu kemas hasilnya. Kalau nak contact dia call la 019-334 5398.. nama dia arif kalau xsilap.
    tq mencelah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...