Followers

Google+ Followers

Saturday, December 6, 2014

PERMULAAN TRIP PERCUTIAN KAMI KE LOS ANGELAS, USA

Lamanyaaaaa nak siapkan dari satu entry ke satu entry.. ampunnnnn..! hahahah. Mak over sibuk atau buat2 sibuk. kehkeh. Btw nak sambung Hari pertama kami memulakan musafir ke USA ni. 

Kami kena berkumpul di KLIA pada pukul 11 pagi untuk Kumpulan 3. Berkumpul untuk check in dan juga untuk ambil duit poket Shaklee sediakan. 450usd seorang. Jadi kami berdua dapatlah 900usd. Sebenarnya bukan duit poket tapi duit tambahan untuk makan minum jika tidak mencukupi. Over x? hahaha. Tapi kami guna duit tu untuk shopping dari buat beli makanan. ahaksss! sebabnya, shaklee dah bagi makan mencukupi. kami cukup kenyang dah. Sampaikan makanan kami bekal dari Malaysia macam Maggi, roti, cereals, biskut semua tak makan okay. ehhh, awat dah keluar cita ni..  okay2 sambung..

Kami yang naik China Air dijangka akan sampai ke Taipei pukul 6.30pm hari yang sama dari KLIA. untuk pengetahuan, Waktu di taiwan lebih kurang waktu diMalaysia. Flight Taipei to Los Angelas adalah pukul 11.50pm juga hari yang sama 13 Ogos 2014. 




Tengok la beg beg bersusun..tengah Q untuk check in di kaunter


sementara menunggu kami selfie. kihkih

                                              muka seronok penuh kegembiraan. ngeee

okay nak cite, mija ni jakun tau. tak pernah naik flight luar dari negara Malaysia. hihi. Paling jauh pernah ke Sabah tahun lepas. itu pun Trip dalam Malaysia dianjurkan Shaklee. Reward atas pencapaian. Jadi bila kami kena naik Train untuk naik kapal terbang rasa jakun. kihkih. Suami mija sama jakun sebab dia pun tak pernah kena naik train. Selama ni outstation paling jauh pun sabah sarawak. ngeee



Sebelum masuk  kami singgah makan di cafe dan surau untuk solat jamak zohor dan asar. Nak jadi cerita kami ni x call pun pihak celcom untuk aktifkan roaming kat sana nanti. Dengan masa yang ada beberapa minit lagi mija sempat la call Celcom untuk activate. Dan call anak2 sekejap bertanya khabar. Lepas tu terus masuk dalam dan terus masuk dalam perut kapal. 

ni dalam flight dah. Boieng apa x tau. tapi seat 3 4 3.

Masa mula mula masuk tu teruja.. waaaaa besarnya! Selama ni seat 3 3. x pun 2 2. ni 3 4 3. besar la kan. Pastu daaa.. off hp. xde dah nak selfie2. Ku tidur. hahah. asben dok layan movie dekat screen. 
Makanan dalam flight pun x ambil gambar. Rugi. Kami memang dapat special menu, memang awal2 booking muslim food. Alhamdulillah semua mudah je. 

Tepat jam 6.30pm kami sampai di Taipei International Airport

Taipei International Airport.

Mendengar taklimat ringkas

selfie

perjalanan jauh

poyo kan? suami sape la ni

hihi

me


Master Dila Roslan dan kak fieda. diorang ni datang single

Kami tak keluar pun dari airport Taipei tu. Dok je kat dalam tu sebab kami dah check in siap2. Jadi window shopping je la kat situ sambil lepak2. 

Kat Airport memang senang nak dapat wifi.Masing2 on Wifi nak update perkembangan masing2. Ada yang dah smpai Jepun, ada dah sampai hong kong. Masing2 boleh baca kat status fb. hihi. So apa lagi, semua dok layan fon.

Flight kami delay sket. Pukul 12.30 pagi baru fly ke Los Angelas. Ikut jadual penerbangan pukul 11.50pm. Dah masuk 14hb kat sini. Tapi bila kami sampai ke Los Angelas nanti tarikh dekat sana adalah 13hb. Diorang lewat sehari dari kita. 


okay, ni screen dekat depan seat masing2, boleh la nak layan movie, game and etc. Saya minat geografi walau fail masa sekolah dulu, so saya layan la map! hahaha.. Tapi serious seronok, dapat tengok kita cross border line pertukaran siang dan malam. Dan kita boleh tau sekarang kita berada di mana. Simbol kapal terbang tu akan bergerak sama dengan pergerakan kapal terbang tu. Serious pengalaman yang paling best bagi saya. Selama ni dok faham "melepasi garisan khatulistiwa". hahaha Seronok! Besar dan hebatnya ciptaan Allah swt. 

Dahh!! Nanti kita sambung lagi untuk next entry. 
Stay Tuned.!

boleh baca sebelum2 ni di sini









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...