Followers

Google+ Followers

Monday, January 5, 2015

ANAK-ANAK MASUK TADIKA

Assalamualaikum wbt , sihat? seronok sekolah cuti lagi kan. hehe. Tapi anak2 saya amsuk tadika dah start 5hb. means hari ni. heee.. Ambil tadika yang sama 2 beradik ni. Mukhlis 5 tahun dan humaira masuk 3 tahun. Ramai pertikai kenapa 3 tahun dah masuk tadika termasuk abah diorg.. antara setuju dengan tidak setuju, saya ada sebab saya sendiri sebagai mama diorg. Saya nampak humaira ni lain sikit. xpe, yg ni saya akan cite next entry :)

Jom layan dulu gambar diorg sehari sebelum sekolah. Pegi bayar yuran dan try baju unifrom dan baju sukan. Baju sukan saje 4 pasang sorang okay. Sebab setiap selasa hingga khamis pagi petang memang kena pakai baju sukan. sehari 2 pasang, jadi 4 pasang tu leh rolling basuh la. 




Ada beberapa faktor kenapa saya pilih tadika ni. Pertama sebab dekat dengan rumah, depan rumah je :P so leh jalan kaki je hantar dan ambil diorang sekolah. Jimat minyak kereta dan masa :P hahahaha... fakktor kedua sebab sistem pembelajaran yang menarik, ada bahasa melayu, english dan pendidikan islam. Ajar cara2 solat, bacaan dalam solat, jawi, iqra. itu yang aku nak, lagipun umur 3-5 tahun ni umur bermain, so nak diorg belajar sesuatu sambil bermain dengan environment diorg. Dikalangan umur sebaya. Berkawan. aku suka.

Humaira muka blur sebab tengok kawan2 dia menangis. 1st day biasa la akan ada yang menangis. ye x?

Ni masa saya nak datang ambil diorang waktu petang, tengoh solat, sempat la curik2 masuk snap gambar :P
Ni waktu pagi diorg main kt padang.. snap dari dalam bilik je. dekat kan rumah dengan tadika. anak saya menjerit pun leh dengar. haha


Part nak kejut bangun tidur tak susah sebab diorang memang dah lama nak ke sekolah. sebut je school confirm diorang akan bangun mandi. automatik, mcm switch gitu. hihi.

Apapun semoga anak anakku menjadi insan yang soleh dan solehah lagi musleh. amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...