Followers

Google+ Followers

Tuesday, January 6, 2015

CHEESE CAKE SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum wbt semua pembaca mama2faizmayra.com haaa hari ni share pasal cheese cake yang saya buat masa birthday husband 28 nov hari tu. ni dah january. hahaa. Baru nak share. Lupaaaaaa..! ditambah kesibukan yang amat. Sepanjang 6 tahun nak masuk 7 tahun kawen x pernah lagi saya buatkan kek untuk hari jadi dia. Tahun ni special sikit, rasa nak buat dari hasil tangan sendiri. Mula2 nak buat kek coklat tapi last min plan tuka nak buat cheese cake. Resepi ni sangat simple okay, saya ambil resepi dari kawan,boleh refer disini. bukan niat nak angkat bakul sendiri tapi serious memang best. hahah. uols tengok gambar confirm terliur. hahah.. over disitu






bahagian paling atas kena potong ye sebab nnt keras.


ni tujuan dia nak layar krim untuk bahan2 B




Cantik x? huwa huwa



Resepi dibawah ni untuk loyang besar macam gambar kat atas ye :) nak buat kecik, bahan2 dibawah bahagi dua. Jadi uols sila la try. Yummy..! yang pasti lepas ni nak buat lagi. hihi

SNOWY CHEESE KEK

BAHAN A (KEK)
8 BIJI TELUR
2 BIJI KUNING TELUR 
200 GM GULA
200 GM TEPUNG KEK
120 GM TEPUNG JAGUNG
100 GM AIR SEJUK PETI AIS
2 TSP BAKING POWDER
4 TBSP OVALATE
150 GM MENTEGA CAIR

BAHAN B (KRIM)
500GM KRIM CHEESE
2 CWN SUSU PEKAT
JUS LEMON 2 SUDU BESAR
1 SUDU BESAR MEALSHAKE SHAKLEE
- PUKUL GEBU

BAHAN C
CHEEDAR CHEESE SECUKUPNYA

CARANYA;
1.PUKUL SEMUA KECUALI MENTEGA CAIR..HINGGA GEBU (HIGH SPEED)
2. MASUKKAN MENTEGA CAIR (SLOW SPEED)
3. DAH SEBATI, BAKAR SUHU 150'C SELAMA 1 JAM.
4. DAH SEJUK POTONG 2 @ 3 LAPISAN IKUT SUKE.
5. LAPIS DGN KRIM DAN SELEBIHNYA SAPU KESELURUHAN KEK.
6. LAST SKALI PARUT CHEEDAR CHEESE DAN HIAS GUNA BUAH2AN YG ANDA SUKA OK.


SIAP! SELAMAT MENCUBA!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...