Followers

Google+ Followers

Wednesday, January 7, 2015

PIZZA SEDAP BUAT SENDIRI

Okay hari ni share cara buat pizza resepi suami mija. Kui kui. Dia memang pandai masak terutama buat pizza. Jup ku copy paste email yang dia ajar kat mija. Email tu june 2009. hahaha

Pizza Mudah

Bahan-Bahan Diperlukan

Roti Pizza

500g tepung gandum
2 sudu garam
2 sudu gula
1 paket 11g yis mauripan
1 1/3 gelass air

Topping Pizza (ikut kreativiti sendiri)
1 tin sardin
1 tin cendawan butang
1 tin nenas
1 biji lada benggala (capsicum)
1 paket crab stick
sos thousand island
250g shredded mozarella / cheddar cheese
Instant Oregano

Cara Membuatnya

Roti Pizza
  • Gaulkan yis dengan tepung gandum sehingga sebati
  • Masukkan gula dan garam ke dalam air dan kacau sehingga larut.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air ke dalam tepung gandum dan uli sehingga doh tidak melekat.
  • Biarkan doh roti pizza kembang sehingga dua kali ganda saiz asal.
  • Kemudian bentukkan roti diatas acuan mengikut saiz dan ketebalan yang anda inginkan.

Topping Pizza
Potong sosej, lada benggala, crab stick, cendawan butang dan gaulkan bersama.
Lumatkan sardin dan gaulkan bersama hirisan diatas.
Masukkan sedikit daun oregano untuk rasa dan bau lebih sedap.
Sapukan sos thousand island diatas roti pizza dan tabukan sedikit cheese diatasnya.
Kemudian letakkan topping yang digaul tadi diatas pizza dan taburkan cheese diatasnya.
Pizza kemudian siap untuk dibakar dan dibakar selama 20 hingga 30 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Sekian...

Cara-cara membuat roti

TEpung gandum

Tepung bersama yis dikacau

air bersama gula dan garam

Lepas siap uli biarkan seketika. selepas nampak kembang boleh uli lagi sekali

ready roti atas dulang

Bakar jup roti sebelum letak inti


Bahan-bahan untuk buat topping:

Okay sepatutnya guna thousand island tapi kitorang xde. Jadinya buat sendiri - mayonis lady's choice (jenama lain kurang sedap), kuah sardin dalam tin, sos tomato dan sos chili

Ni inti kami buat, nak letak sosej pun boleh.Siap letak carrot ko. hahaha

Kacau sehingga sebati


Ratakan kuah thousand island tadi pada roti yang dibakar sekejap


Ni dah siap, ready untuk bakar


Ni pizza kedua yang kami buat keesokan hari disebabkan request dari kakak adik2 dan anak2. hihi. Tanda sedap la tu kan.haha




Ready untuk makan :) Komen abang ipar, Sedap macam makan thousand island dekat Pizza Hut. Perfect!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...