Followers

Google+ Followers

Sunday, January 4, 2015

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum buat semua pembaca mama2faizmayra.com saya doakan anda semua sihat dan bahagia selalu :) doakan saya juga ye. hehe
Hari ini kita menyambut Ulang tahun kelahiran Nabi yang kita sayangi. Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Jom banyak banyakkan berselawat 


Membaca selawat bertujuan untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ra. berkata: “Sesiapa cinta kepada Allah Taala, maka dia banyak menyebutnya dan hasilnya ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. Dan sesiapa cinta kepada Rasulullah SAW maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi SAW, dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di syurga.”

Ya Allah Kau Selawat dan Salam Ke Atas Baginda Rasulullah saw dan berkatilah dia serta ahli keluarganya sebanyak-banyak rahmatMu Ya Allah.
Salam Maulid Nabi SAW.
Semoga ucapan selawat dan salam ke atas baginda sebanyak-banyak rahmat Allah swt ini kita sebarkan berterusan agar kita semua mendapat manfaat dari perkongsian perkara yang baik secara berterusan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...