Followers

Google+ Followers

Saturday, January 10, 2015

SUSU MERUDUM..? JANGAN STRESS


Assalamualaikum buat semua blog reader saya J suka nak update entry hari ni pasal susu merudum. Sebab semalam saya dapat pm dari kawan saya yang susu kurang. Yes, saya faham macamana stress dan sedihnya seorang ibu yang rasa dia tak dapat berikan yang terbaik untuk anak dia. Jangan down, jangan sedih, rezeki anak tu Allah dah tetapkan kita Cuma kena berusaha. Usahalah apa saja dan merayulah pada DIA sebab DIA yang beri rezeki. DIA Nampak effort kita sejauh mana, Cuma mungkin DIA nak uji sedikit. Bersabarlah, ada ganjaran hebat untuk anda J

Saya bukan LC (Kaunselor laktasi) yang bertauliah.. tetapi seringkali ibu2 di alam maya menyuarakan luahan hati..."sedih mija..susu makin kurang.. awal2 dulu banyakk..." atau ada gak yang mengadu mcm ni.. "sedih..susu kurang lepas mkn pil antibiotik demam aritu",."dan banyak lagilah....Apalah daya kuasa saya nak menjadikan susu ibu banyak..kan kan kan..Siapa lah saya juga nak memberi syarahan panjang lebar.. apa yang saya kongsikan hanyalah pengalaman sendiri (yang seciput),pengalaman kawan2 yang lebih senior ..kawan2 di alam maya atau pun di alam realiti.. dan jgn salah anggap yer..pengambilan supplemen bukannya jalan penamat atau satu2nya jalan untuk menambahkan penghasilan susu ibu.. Pengambilan supplemen hanya akan meningkatkan taraf kesihatan si ibu...disamping memperkayakan lagi nutrisi susu ibu (enriched your breastmilk) yang telah pun semulajadi kaya dengan nutrisi hasil ciptaan Allah Maha Bijaksana...

Jadi...buat2 ibu yang sedang bersedih berduka lara... hapuskan kesedihan anda...tips2 di bawah ini anda perlu lakukan..(perlu ada keazaman yang tinggi untuk mengembalikan semula penghasilan susu ibu yang telah drop..akibat dari pelbagai punca)

  •    Tambahkan kekerapan mengepam (atau direct feeding)..jika boleh setiap 2 jam sekali.

  •     Lakukan power-pumping.Rujuk disini kaedah power pumping. Lebih efektif dibuat time malam kerana hormon prolaktin lebih tinggi time2mcm ni.(ada budget lebih.beli pump yg jenis double pumping)
  •     pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri 

  •     tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi

  •    Si ibu perlu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein(soya,ayam,ikan,daging,etc) dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan. Tahukah anda protin dari unsur soya mengambil masa kurang setengah jam untuk diuraikan dan diserap badan. berbanding protin dari unsur seperti ayam daging ikan yang mengambil masa berjam2 utk terurai...Jadi pemilihan protin soya yang berkualiti tinggi ,,amat digalakkan..Rujukdisini cara membeli protin soya yang berkualiti tinggi

  •     Si ibu perlu banyak minum air..sekurang2nya 2 liter sehari dan perbanyakkan makanan yang mengandungi sup

  •     Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama

  •     Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok

  •     Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit.sebabtu pengambilan supplemen dapat membantu secara tidak langsung

  •     Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium

Lakukan langkah2 ini secara konsisten dalam masa 1-2minggu.. dan lihat hasilnya..Dan jangan lupa berzikir beristigfar berdoa.. amalkan zikir Ya Matin70x hembus ke susu mohon dimurahkan rezeki susuibu...kerana segala2nya adala dariNya.. dan rahmat Allah amat luas bagi hamba2Nya yang rajin berdoa dan beristigfar......Anda Pasti boleh... InsyaAllah :) Allah Maha Kaya





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...