Followers

Google+ Followers

Monday, August 31, 2015

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA


Bersatulah rakyat Malaysia demi sebuah negara yang kita sayang. 

Selamat hari kemerdekaan Malaysian!!


Sunday, August 30, 2015

MAJLIS PERKAHWINAN NUBHAN DAN HIDAYAH


Hari ni ke Seremban hadiri majlis Perkahwinan Nubhan dan Hidayah. Alhamdulillah. Saya tak kenal pengantin tapi kenal ayah pengantin perempuan. Kenal pun sebab kami rapat masa di USA shaklee Trip ogos tahun lepas. Kebetulan plak Master Tawfik tau saya ni Anak murid kawan dia, sensei rozi masa dekat sekolah dulu. Hihi. 

Terima kasih Master Tawfik kerana jemput kami sekeluarga ke majlis. Tahniah dapat menantu, moga beroleh keberkatan dan didoakan Hidayah dan nubhan kekal hingga ke syurga. Amin. 

Apa yang saya tahu, Nubhan Join Akademi Fantasia (AF).. Artis muda la kiranya. Hehe. Selain tu, dia ada bisnes sendiri, keluarkan produk komestik sendiri. JUWITA DIVINE. Setau saya foundation dari JUWITA DIVINE ni Best. Nampak flawless gitu. Nnt nak Try jugak. 


Suasana dalam dewan. Ramai. Masing2 menunggu pengantin sampai

Full dewan







Antara dayang2 bertuah yang sempat ambil gambar.




Pengantin Cantik sangat.! Muka diorang pun lebih kurang je. Kalau dah jodoh. Ye X. Hihi. Ni selfie masa diorang tengah berjalan nak ke pelamin. So sempat la kan selfie. Kihkih. 


Ni mak ayah pengantin perempuan. Tu la Master Tawfik. Sporting betul Dr zailah pun sama. Happy go lucky. Happening je. Sweet couple. Hihi



Kids membuas sebab tak boleh naik atas stage. Kihkih





Antara penaja2 majlis perkahwinan ni. Ada banner dekat depan sebelum naik stage





Dalam goodie bag yang dapat. Siap ada JUWITA DIVINE tu.. Best marketing. Sebab saya pun rasa nak cuba foundation dia yang Best tu. Hikhik

Friday, August 28, 2015

PERARAKAN KEMERDEKAAN 2015

Perarakan kemerdekaan keliling Taman dari tadika Sri Nekad. Anak2 teruja. Buat bendera sendiri. Comel je. Hehe. Ingat dulu masa sekolah tak buat bendera sendiri. Tapi bawa bendera yang 20sen dalam batang bendera tu ada gula2 colorful bulat2. Hihi.



Thursday, August 27, 2015

MORNING


Assalamualaikum. Selamat pagi. Hehehe. Morning quotes Hari ni malas nak buat sendiri. So pegi google image then edit di snapseed untuk kasi terang dan tulisan di phonto. Macam biasa la fav saya 2 apps ni. Hihi. Nampak x perbezaan kesemua image? Mana lagi cantik? 




Wednesday, August 26, 2015

KEISTIMEWAAN VITAMIN C





Tubuh kita sering kehilangan vitamin c semasa melakukan aktiviti harian. Vita-C Plus Shaklee dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin c secara berterusan. Vita-C Plus 500 mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin c yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Selain itu , Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin . Antaranya:



  • membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.
    • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah.Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
    • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
    • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
    • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller,dos yang dicadangkan ialah 500 mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. 


    MANFAAT YANG LAIN ADALAH : 
    • Peningatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema. 

    • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan. 

    • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 

    • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. 

    • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.



    Apa lagi kelebihan Vitamin C ?

    • Baik untuk imunisasi dan daya tahan badan 
    • Mengurangkan simptom demam
    • Mengatasi masalah jerawat degil
    • Mengatasi masalah jerawat pasir dan nasi 
    • Membantu kulit sensitif seperti eczema, resdung
    • Membantu penghasilan kolagen dalam tubuh 
    • Mengurangkan kesan "sunburn"
    • Menjadikan kulit lebih gebu
    • Melembapkan kulit dari dalam
    • Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan 
    • Tona kulit menjadi lebih sekata
    • Mengurangkan penyakit selsema
    • Melindungi badan daripada radikal bebas
    • Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka
    • Merendahkan tekanan darah tinggi
    • Memastikan saluran darah mengembang dengan baik
    • Mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak
    • Mencerahkan kulit secara semulajadi
    • Membantu kelihatan lebih muda
    • Merendahkan paras insulin
    • Mengimbangkan sistem dalam badan
    • Membantu penghasilan dopatime dalam sistem saraf
    • Membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan
    • Menghalang terkena serangan jantung
    • Mengawal komplikasi diabetes
    • Mengawal kelemumur
    • Meningkatkan pertumbuhan rambut
    • Mengurangkan keguguran rambut
    • Menghasilkan rambut yang lebat
    • Mengelak daripada uban

    Apakah KEISTIMEWAAN & PERBEZAANVitamin C SHAKLEE dengan Vitamin C lain yang ada di pasaran? 

    • Vitamin C pertama yangSEMULAJADI dan bertindak secara ‘Sustained Release’ atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita.
    • Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.
    • Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.
    • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan

    KELAS BLOG BASIC DAN JADI FASILITATOR

    Alhamdulillah hari ni selesai sesi pertama Kelas asas Blog di Faizland Training Centre, Bangi. Mija bukan tenaga pengajar pun. Tspi jadi fasilitator bantu kawan2. Kang semput diorang nak one to one. Sehari pun X settle mengajar kalau X cukup kakitangan. Ye X.

    Setakat basic, in shaa allah boleh. Sebenarnya Blog ni mudah je, asalkan rajin, dan kena post selalu, jangan tinggal Blog bersawang berbulan bulan tak Update. Sape nak datang Blog kita kalau MALAS nak Update. Hihi

    Kelas ni akan ada lagi kelas Blog 2, 3 dan seterusnya. Kelas ni hanya khas untuk bantu peniaga2 shaklee bawah jutawan Group.

    Enjoy the pics








    Monday, August 24, 2015

    BLOGWALKING


    Assalamualaikum semua bloggers..! Saya sedang blogwalking hampir 30 Blog hari ni. pening2 lalat.macamana ni nak blogwalking sampai 100-1000 Blog sehari ni 😜😜

    Btw, sape nak mija Follow blog korang, boleh tinggalkan link blog masing2. Dan jangan lupa Follow mija balik. 

    Tq sayamnnnnn! Hehe 

    MAKANAN TAMBAHAN TERBAIK UNTUK ANAK ANDA

    Mija ada 2 orang Anak yang tengah membesar. Mukhlis 5 tahun, humaira 3 tahun. Mija akan pastikan mereka berdua dapat nutrient yang mencukupi memandangkan diorang jenis tak reject makan sayur. Tu masalah sangat besar bagi mija. Sorok sayur dalam nasi pun diluahnya balik. Memang sangat2 cerewet.

    Jadi, nak berikan yang terbaik mija bagi MEALSHAKE, OMEGA GUARD. Dan kadang2 vitamin C Chewable dan vitalea for children (Multivitamin)

    Jadi stok ni sentiasa ada di rumah untuk kegunaan diorang.
    Ni la antaranya cuma ni xde omega guard Sebab masa ni photoshoot kt taman. Terlupa bawa sebab botol omega ni selalu sorok. Sebab humaira ni X leh tengok botol omega. Dia suka sangat



    Tengok la dia. Dekat hospital pun tanya, ada bawak X vitamin adik? Hihi.


    1) Vitamin C Chewable - menguatkan fungsi imunisasi. Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan. Meningkatkan penyerapan zat besi. Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi dan juga struktur am badan

    2) Mealshake - mengandungi 19 jenis vitakin dan mineral penting untuk Anak. Rendah lemak dan rendah glisemik. Membantu Anak anda kekal aktif, bijak dan ceria. Selain itu ainya membantu masalah sembelit

    3) Omega Guard - makanan tambahan yang mengandungi minyak Ikan yang laya dengan DHA dan EPA. Membantu mengatasi masalah keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.  Untuk pengetahuan, asid lemak omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh badan kita tetapi sangat diperlukan oleh tubuh kita untuk menjalani kehidupan harian kita

    4) Vitalea for children (Multivitamin) - untuk kanak2 yang suka vitamin jenis pil. Alternatif kepada mealshake. Kaya dengan 19 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan badan.

    Jadi optional. Bukan hari2 diorang ambil 4 jenis vitamin ni. Yang saya wahibkan hanyalah mealshake. Omega guard seminggu 3 kali sahaja. Sebijik sehari. Manakala vitamin C Chewable dan vitalea children bila diperlukan 😀


    EDITING GUNA SMARTPHONE

    Mija sekarang kalau nak Snap photo X guna DSLR dah tau. Sebab lambat.. Nak masuk laptop, nak edit kat photoshop. Sekarang guna smartphone je. Nak apps apa untuk editing. Semua ada. Perfecto! Antara rajin dan malas jer. Kihkih.

    BTW Meh tengok gambar2 mija click2 thru handphone je then Ada yang mija edit, ada original. Banyak sangat X sempat lagi nak edit semua. Hihihi.

    Antara apps yang mija guna

    Picsart
    Snapseed
    Instext
    Phonto - utk tulisan
    Square instapic

    You all Ada apps yang best utk di kongsi? Boleh kongsi juga ye. Hehe

    ni edit guna phonto je untuk tulisan

    sama juga, guna phonto


    ni mija touch up sket guna snapseed dan tulisan guna phonto. nak masukkan product tu mija guna instext. hehe


    Nice kan. mija snap dekat tasik sambil teman anak2 dan abah diorang memancing je ni. hikhik

    ni touch up by snapseed dan tulisan by phonto






    Banyak mija guna phonto, snapseed dan picsart je, yang lain jika perlu je. Mula2 memang ambil masa 3-4 minit satu gambar, tapi once dah biasa less than 1 min siap tau. tak caye cer try. hehehehe

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...