Followers

Google+ Followers

Wednesday, August 19, 2015

Humaira masuk hospital - Part 1

Part 1

Saje nak flashback balik sepanjang bulan Syawal kami sekeluarga diuji dengan ujian tak berapa sihat, demam virus. Yelah, dah lama sihat. Allah uji sikit untuk tengok kita mampu ke X. Ye X? Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Ada juga la Part tak Best bila sakit, demam ni datang masa hujung minggu yang penuh dengan undangan open house Aidilfitri. Tu la masalahnya. Banyak undangan kami tak dapat penuhi dek kerana sorang sorang sakit.

Kisahnya bermula dengan humaira. Pulang dari kampung seminggu selepas raya. Sampai rumah 11malam. Keesokan tu hari Isnin, suami mula bekerja. Pukul 3 pagi tersedar bila pegang humaira badan panas menggigil. Dia tak henti merengek menangis. Apa X kena dengan budak ni kan. Hihi. Ambik kain, lap badan semua, bagi NUTRIFERON utk boost imun dia. Okaylah alhamdulillah lepas tu dia tido lena sampai pagi. Masa cek suhu pukul 4 tu 39.7'. Ni dah demam ni. Sikit lg nak 40'c. Tuam jugak dengan tuala basah. Lap2 badan. Bagi kurang panas tu. Ada muntah skali waktu tu.

Pagi tu suami pegi keja. Saya ready nak bawak Anak ke klinik Klau suhu makin naik. Tetiba dia kata nak berak. Pagi tu saje 5x berak dengan banyak dan busuk. Phueewww..! Part ni memang menguji kesabaran jugalah. Okay sebab dia kerap sangat berak bagi dia pakai pampers. Supaya X tercirit dalam perjalanan pegi ke klinik. Doc bgtau humaira cirit birit dan ada demam. Doc bagi ubat untuk dimakan. Macam biasalah pesanan kalau masih berlarutan datang lagi. Balik rumah humaira X berenti lagi berak. Rasanya Day 1 tu lebih 20 keping pampers pull up Dia Habis. Ni X boleh jadi ni. Kena refer hospital. Saya plak fikir X nak la terlewat bagi rawatan menyebabkan saya menyesal seumur hidup.

Malam tu suami balik kerja terus ke Prince Court Medical Centre refer ke emergency. Kebetulan emergency malam tu ramai betul orang. Tunggu jugalah. Masuk jumpa doc terus warded. Esok pagi refer to specialist.

4 Hari jugalah berkampung di hospital. Semua kat hospital. Makan tido semua kat sana. Suami pegi keja dari hospital tu jugak. Hihi. Alhamdulillah la dpt duduk hospital yang privacy macam ni. Rezeki dari company. Jadi X perlu bergilir jaga ke apa. Mukhlis cakap hospital ni macam hotel 😜 Seb baik dia still ingat yang dia pernah ke hospital ni masa dia kecik2 dulu.

Apapun bersyukur mayra bebas dari sebarang masalah. Cuma cirit birit disebabkan virus. Alhamdulillah kami lega walaupun seminggu selepas balik dari hospital mayra masih cirit birit cuma makin hari makin berkurang.

Melepet je diribaan mama
  
Humaira warded

Tengoklah tu. Macam orang tak sakit.

Menu day 1 di hospital. Satu benda yang Best di hospital ni sebab kita boleh request apa kita nak makan. Mayra of course la makanan yang lembut je. Mama yang tukang jaga ni demand macam2. Hihi

Ni rasanya kalau X silap hari ketiga. Dah mula berselera nak makan. Habis sebekas nasik tu dia sorang tau. Perghh! Tapi doc memang suh dia kerap makan Sbb dia banyak membuang kan.

Menu Mama.. Sirloin steak. Ampunnnn..! Hahaha. Serious Sedap gila. Perghh. Camni dok hospital sebulan pun xpe. Kihkih
  
Tengok mukhlis makan berselera Steak tu. Sebab memang sedap. Dah Order untuk dinner. Esok tu Order lagi untuk Lunch. Kehkeh. Kami x rasa ralat sgt la Sbb specialist cakap mayra okay. Cuma nak pantau berak dia je berapa kali sehari.

Gembira dapat balik dah. Hehe. 

Sementara tunggu bil nak discharge dapat plak Lunch. Salmon baked dengan ayam halia kot. Air buah berangan tu. Sedap weh. Macam makan di hotel. Maka sebelum balik kami kekenyangan.  Hihi

Hihi

Menuju ke lift untuk balik. Abah dtg ambil kitorg dan kami hantar abah balik ke klcc. Abah X ambik cuti pun. So Mama drive balik ke rumah. 

Nak cakap penat memang la penat sebab balik dari kampung esoknya terus warded. Mak pun Stress juga sebab nak pos vitamin, nak ke branch susah. Hihi. Apapun alhamdulillah. 

Selesai bahagian humaira. Akan bersambung pula Part mija plak sakit, suami, dan mukhlis plak sakit. 

Alhamdulillah syukur ya Allah atas ujianMu. Semoga Kau beri kami kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...