Followers

Google+ Followers

Wednesday, August 19, 2015

KENALI MASALAH JERAWAT ANDA

Assalamualaikum buat pembaca setia blog mija. Hari ni nak kongsi pasal jerawat. Kadang-kadang jerawat naik di dahi, hidung, pipi kanan, pipi kiri kita tak tahu. Japawan paling mudah sebab stress atau nak period. hikss... tapi betul ke? haaa jom tengok gambar kat bawah tu, kat mana sebenarnya jerawat kita tumbuh dan puncanya dari mana





Dibawah ni mija senaraikan 10 sebab terjadinya jerawat.

1.Perubahan hormone
Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,
belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung
 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.


TAPI ANDA BOLEH RAWAT MASALAH JERAWAT ANDA DENGAN PRODUK SHAKLEE. 


Terdapat beberapa pilihan terpulang kapada apa punca jerawat anda. 

CONTOHNYA

1) Jika punca jerawat disebabkan oleh PERUBAHAN HORMON anda kena ambil GLA COMPLEX

2) Jika punca jerawat disebabkan oleh STRESS anda boleh ambil BCOMPLEX

3) Jika punca jerawat disebabkan oleh TEKANAN FIZIKAL anda boleh ambil basic supplement seperti VITALEA, BCOMPLEX dan VITAMIN C

4) Jika punca jerawat disebabkan oleh PEMAKANAN, ALERGIK anda boleh ambil ALFALFA COMPLEX, GARLIC COMPLEX, ZINC COMPLEX, dan VITAMIN C

5) Jika punca jerawat disebabkan oleh TOKSIN anda perlu ambil HERBLAX

6) Jika punca jerawat disebabkan oleh RESDUNG anda perlu ambil BCOMPLEX, VITAMIN C, ALFALFA COMPLEX dan sebagai tambahan NUTRIFERON

Kalau kita faham dan kenali punca jerawat kita disebabkan apa dan ambil supplement yang berkaitan in syaa ALlah ianya membantu masalah jerawat yang dihidapi anda selama ini. 

Jika anda tidak mempunyai masalah jerawat tetapi pentingkan kesihatan kulit untuk memastikan kulit sentiasa TEGANG, PEJAL, LEMBUT, CERAH, HILANGKAN KEDUTAN, MELEMBABKAN KULIT. Saya sangat rekemen ambil VIVIX dan VITAMIN C seperti gmbar dibawah

basic yang saya wajib ambil

ataupun boleh ambil 4 jenis dibawah untuk dalaman dan luaran 
1) bcomplex
2) vita C
3) alfalfa 
4) vita E



Selamat Mencuba. :) Ingin dapatkan kansultasi PERCUMA. hubungi mija 0179350152


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...