Followers

Google+ Followers

Wednesday, August 19, 2015

PENGALAMAN KEGUGURAN KALI KE 3

Entry sebelum ni mija cerita kisah humaira masuk wad 4 Hari disebabkan cirit birit kan. Lepas humaira warded mija plak yang sakit. Baru je beberapa hari terima berita baik yang mija pregnant. Sebenarnya mija happy sangat, ye lah humaira dah nak masuk 4 tahun. Kang lama2 sangat kang X reti plak nak jaga baby. Kihkih. Alasan sangat kan
Positive 😂 

Alhamdulillah dapat berita happy ni. Setelah keguguran kali kedua baru baru ni. Kira macam sederet lah. Rezeki nak buat macamana. 

Dan tetiba je kan rasa perut buncit, anak2 pun dah diberitahu sebab diorang dah lama dah tanya. Bila perut Mama nak besar.  Kita nak ada baby. Mama cepat la makan banyak2 nnt gemuk, ada baby. Hihi. X nak hampakan diorang. So memang berharap la baby selamat tanpa sebarang masalah. 

Kegembiraan kami tak lama. Satu hari nak bangun solat subuh rasa macam sesuatu yang X kena. Check dibilik air tengok penuh darah. Sobbss.. Part ni memang sangat sedih sebab ye lah kan. Mija berharap kali ni xde masalah macam sebelum ni. Tapi kalau Allah nak tarik, dia X bagi lagi bermakna adalah sebab musabab yang kita tak tahu. Sebagai hamba Dia, kita kena terima dan berlapang dada. Suami cakap Jom pegi hospital. Nampak riak2 kesedihan juga kt dia. Dia mc hr tu. Hantar anak2 ke tadika. Kami zass ke Prince Court.

Pegi Prince Court terus ke emergency. Sampai sana doc kt situ nak buat blood test. Kira nak buat ujian pregnant thru blood test. Ujian blood test Ni Utk check berapa byk Hcg. Pendek kata lebih tepat berbanding pregnancy test. Masa tu masih bleeding. Redha je kami. Saya plak google macam2. Ada je yang bleeding selamat je sampai bersalin. Jadi saya positif. Masih boleh diselamatkan ni. In shaa allah. 

Petang tu naik ke level 6 jumpa specialist. Scan melalui bawah tengok masih ada. Means masih ada rezeki. Pastu cucuk kt punggung untuk kuatkan rahim. Ambil ubat kuat rahim dan asid folic + supplemen shaklee tambahan lain mija ambik. Balik baring je. Rest. Sebab fikir masih boleh diselamatkan. Next Follow up 3 Hari lagi. 

Sejam lepas tu dapat result. Yes, im pregnant. Almost 4-5 weeks. Kecik lagi. Doc dekat emergency nak refer to specialist la. So kami pilih Dr.Seri sebab selama ni dia yang Follow up mukhlis dan humaira sampai lah lepas bersalin. Bad news yang dia xde klinik petang tu. Nak X nak kena amik specialist lain. So redha je la dengan sape2 pun. 

2 hari lepas jumpa doctor. Keluar satu ketul besar. Kalau pengalaman sebelum ni ye dah tu keguguran. Memang janin. Bawa refer ke doctor memang sah. Takde rezeki. Huhuhu. 
Skang saya masih berehat. Berehat selepas keguguran. Moga ada rezeki lepas ni. Buat sementara ni biar rahim betul2 rehat dulu.  Doakan saya dapat rezeki lagi akan datang. Past is past. Jangan sedih2 kena redha. Ye X? Hihi. 

Buat anda diluar sana yang ada pengalaman keguguran. Masih menunggu atau sebagainya BERSABAR. Allah ada perancangan yang terbaik buat kita. Percaya pada Dia. IN SHAA ALLAH 

Nantikan sambungan lagi Part suami dan mukhlis pula. Hihi. Berderet. Tak dapat kami penuhi mana2 jemputan open house. Dapat tengok je la kawan2 Update
 Hihi













4 comments:

  1. Salam ziarah ... semuanya ada hikmah. Insyaallah ada rezeki lagi nanti untuk tambah ahli keluarga yang baru

    ReplyDelete
  2. takziah...bersabar ya..lainkali ada rezeki tu...hati2 jaga diri.

    ReplyDelete
  3. takpe cikja. isnyaAllah, Allah bagi surely on the right time. Pasti ada hikmah tersembunyi! get well soon ok! i want babies tooooooo! Doakan saya jugak....hehe reblog entry REZEKI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...