Followers

Google+ Followers

Monday, August 17, 2015

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTAD

Lama tak buat puding roti. hihi, So apa lagi, zass zass gi dapur tengok bahan cukup. Simple je puding roti ni xyah macam2. Bahan yang ada kat rumah. hihi. 

Puding roti bakar sos custard
Bahannya:
2 cwn susu segar @ susu cair 1 tin + 1 cawan air)
2 sudu besar Chocolate Chip
8 kpg roti gardenia atau roti yg disukai
2 biji telur
2 sudu besar mentega(dicairkan dan ketepikan)
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
Caranya:
Masukan susu segar,gula,telur dan esen vanila kedlm bekas, Kacau rata atau guna mixer,kacau sekadar hancurkan gula je tau. Kemudian carik roti atau potong 4,Susun 1/2 bahagian roti dalam bekas kaca tadi, taburkan dengan 1 camca besar coklat cip. Susun baki roti dan tuang bancuhan yang ditapis atasnya. Biar sekejap hingga semuanya terserap (tekan2 sedikit dengan belakang sudu). Tabur baki coklat cip, dan tompokkan mentega pada permukaannya. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Bakar dengan suhu 180'. Tambahkan 5 minit jika nak roti tu nampak garing.
Nota: semasa proses membakar pd 15 minit terakhir roti akan mengembang ye..jgn panik..smile emoticon
itu proses biasa,nnti bila dah masak & keluar dari oven dia akan mendap dan cantik...smile emoticon

Bahan sos:
1 tin susu cair
1 cwn air
2 sudu besar tepung kastad( larutkan dahulu dgn sedkit susu cair)
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
Caranya:
Satukan semua bahan dan masak pd api sederhana. Kacau selalu supaya kuah custard tidak hangus  Bila gak pekat dan mendidih sedikit,bolah lah tutup api. Bila dah sejuk puding dan sos,boleh la dihidangkan. 
X cantik sangat view ambil gmbar tapi okayla janji sedap. hihi

Uols, sila la buat okay :P


3 comments:

  1. Sikit sangat, tak cukup tu Miza kalau utk family kakak:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...