Followers

Google+ Followers

Thursday, August 20, 2015

TIPS BERPANTANG SENDIRI


Gambar ihsan dari cik google

Okay entry hari ni mija nak bagi Tips Berpantang Sendiri memandangkan sekarang mija pun tengah berpantang. hehe. berpantang disebabkan keguguran je :P
Pengalaman lahirkan Mukhlis dan Humaira pun mija berpantang sendiri di rumah tapi bezanya masa tu mija tiada cuti bersalin. sebab masa tu dalam semester. sape suh beranak masa belajar kan :P hehehe

Untunglah sape ada mak lagi yang boleh datang jaga atau kita balik ke kampung. Pasal ni saya x nak la cakap apa2 memandangkan isunya sangat sensitif. Mija pun masih ada ibu dan ibu mentua tapi mija jenis tak nak susahkan diorang. Masa untuk ibu dan ayah berehat. Bukan jaga cucu. Ye tak? :)

okay jom mija senaraikan beberapa tips penting sebagai persediaan ibu-ibu berpantang sendiri. Tak kiralah anak sulung ke anak ke berapa, jangan panik.! Tarik nafas, bertenang, hembus

1) KUATKAN MENTAL
Jerit kuat-kuat dalam hati "aku boleh berpantang sendiri" , " aku kuat" . Percaya dengan kebolehan dalam diri kita. Kena ada inner strength.

2) BANGUN AWAL PAGI
Biasakan diri dari awal kandungan lagi untuk bangun seawal pagi sebagai persediaan selepas bersalin yang jadual kita totally akan berubah. Bangun seawal 5-5.30 pagi dan terus mandi. Bersihkan diri.

3) BELAJAR PAKAI BENGKUNG SENDIRI
Beli bengkung yang mudah dipakai sendiri. Banyak sekarang ni dijual di pasaran. Dan kalau mandi awal dan siap awal boleh minta suami bantu sebelum pergi kerja, Suami sangat2 diperlukan sebelum dan selepas balik dari kerja.

4) STOKIN & MINYAK PANAS
Beli stokin yang tebal dan minyak panas untuk disapu bahagian kaki dan sarung stokin. Penjagaan kaki didalam pantang sangat2 penting. Jangan abaiakan ye.

5) MASAK MASAKAN RINGKAS
Part ni kalau suami ringan tulang, memang anda patut sangat2 bersyukur. Kalau tiada boleh masak masakan ringkas dan cepat. Kena belajar masak cepat untuk memudahkan kerja2 lain sebelum baby terjaga. Kalau ada anak lain suami kena uruskan untuk hantar ke nursery/tadika/sekolah.
Kalau anda ada simpanan, boleh gunakan untuk 1 minggu pertama ambil pakej urutan sekali memasak dan mandikan bayi. Banyak khidmat memasak ni dibuat sekarang.
Boleh masak sekali dengan hidangan tengahari, Terpulang kepada individu 

6) SEDIAKAN PAKAIAN ANAK DAN KEPERLUAN
Sediakan baju, minyak, barut dan sebagainya sebelum memandikan baby. Letak di satu tempat. 

7) SARAPAN
Ibu perlu bersarapan untuk elakkan masuk angin. Dan sangat tak elok untuk ibu berpantang. Selain itu, Untuk memastikan susu mencukupi untuk baby anda

8) MANDIKAN ANAK
Boleh mandikan sendiri atau minta bantuan suami. Kena ada tolak ansur untuk mudahkan urusan harian di dalam pantang dan ibu tidak stress. Ingat ye, stress boleh menyebabkan ibu meroyan.

9) SUSUKAN BAYI
Susukan bayi dan masa ni anda boleh berehat bersama Bayi. Luruskan kaki dan menyusu dengan tenang. Jangan menyusu dalam keadaan anda stress kerana bayi baru lahir boleh merasai perasaan ibunya. bersikap tenang dan belai bayi anda dengan kasih sayang.

10) CARI TUKANG URUT
Pastikan anda cari tukang urut yang berdekatan dengan rumah atau tukang urut boleh datang sendiri ke rumah kita tanpa perlu kita ambil dan hantar. Ingat ye, anda perlu berurut.

11) DOBI PAKAIAN
Hantar dobi untuk memudahkan kerja harian. Minta suami hantarkan sebelum ke tempat kerja atau selepas balik dari kerja. Perlu berbincang dengan suami

12) ZIKIR
Banyakkan berzikir dan berdoa dimudahkan segala urusan harian anda. Dan juga untuk tenangkan hati.

Semoga tips2 yang diberikan membantu anda yang ingin berpantang sendiri. Saya yakin, kita sebagai ibu, ada kekuatan dalaman yang tersendiri. Kalau tidak masakan ada peribahasa "tangan yang menghayun buaian mampu menggongcang dunia " betul ke ek.. hahaha.. Tapi paham2 je la maksud mija tu. maksudnya ibu ni ada kekuatan dalaman yang kuat Allah bagi. Sebab tu boleh beranak. ye x? hehehe

Akhir kata, ambillah supplement sebagai makanan tambahan untuk dalaman dan luaran. Badan kita lepas bersalin banyak urat2 putus. Bagi la badan kita sesuatu yang berkhasiat untuk pulihkan balik. Ingin dapatkan Supplement Shaklee boleh hubungi mija 0179350152. Ingat ye, Kesihatan lebih penting dari nilai wang ringgit. Hargai diri anda. Hargai anugerah Allah. :)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...