Yeayyyy...!!! akhirnya berapa lama tertangguh nak buat playdough dekat mukhlis dengan mayra tau. Asyik beli je. Playdough dekat Toys R us tu mahal tapi beli gak sebab nak yang non toxic. Konon selamat untuk anak2. Dah la dapat sikit je. kihkih. Pastu dah lama puasa pegi Mall ni, anak2 pegi stationery dekat rumah je mesti cakap nak beli playdoh mama .. aiyaakkk.. suka sangat kot.
hari ni diorang tak pegi sekolah. so ni lah aktiviti untuk diorang hari ni. Homemade Playdough! diorang buat sendiri tau. mama tolong uli bagi rata je. Habis kotor satu dapur :P
Nak resepi tak? serious resepi ni memang senang. pejam mata leh siap.
bahan-bahannya:
2 cawan tepung
2 sudu kecil cream of tartar (tekstur dan kaler nampak cantik)
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan garam halus
1 cawan air mendidih
pewarna- saya guna 6 jenis color. terpulang pada anak la nak kaler apa. hehe
Masukkan semua bahan kedalam bekas kecuali air panas dan pewarna. gaul sehingga sebati meresap.
Masukkan air mendidih dan kacau dengan sudu. Bila dah rasa suam sikit boleh gaul dengan tangan balik. Uli2 sampai sebati. takde melekat2 dah.
Bahagi kan dan campur dengan pewarna. Kalau ada plastik sarung tangan tu lagi bagus. takde la warna tu melekat kat tangan. hehe
Kalau nak buat banyak warna, bahan2 tu kena double. jadi leh dapat 6 bekas macam bekas mija tunjuk kat bawah tu.
Boleh buat banyak dan simpan dalam peti sejuk. Inshaa Allah tahan berbulan2. Jimat kan? Dan sudah pasti ianya aktiviti yang menyeronokkan :)
Semua dapat 6 kaler. Kaler ni diorang yang request. Nanti nak buat kaler hitam dan putih. boleh la Buat mata.. cantik sket :)
Ni burger sayur mukhlis cakap :)
Siput
bunga
Dah jangan fikir je tapi tak buat. Kesian anak2. hahaha. saya cakap ni sebab pengalaman sendiri. Tangguh je. Seb baik buat juga :)
SELAMAT MENCUBA..!
Nanti share lah
Saya tengah meng google image2 untuk tunjuk pada anak2 buat dengan playdoh.
rajinnya..anak saya nih pundok minta play douhg cupcake lps tgk iklan.hmmm...mahai benoorr
ReplyDeleteWah macam itu caranya :-)
ReplyDeleterjn nye.. :)
ReplyDeleterajinnya buat sendiri.... mia beli je untuk sofea...
ReplyDeletep/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #18. (^_^)
Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/09/senarai-url-blog-18.html
- Mia Liana -
Pergh ini bagus nie.. Homemade .. Bgus kreatif.. Jimat..
ReplyDeleteBlogwalking sini.
Blogahbar
boleh makan jugak lah ni,ya...
ReplyDeletepastu uli2 buat bentuk makanan, makan..ngap3
ReplyDeletehikhik =p