Followers

Google+ Followers

Saturday, September 12, 2015

SEMALAMAN DI CHALET KENANGAN PAK MAN TELUK BATIK

Assalamualaikum. Apa khabar pembaca Mamafaizmayra. Hehe. Percutian 2 hari 1 malam tanpa dirancang. Sebenarnya mija ada kenduri akikah Anak buah di sitiawan. Ma abah, adik2 dari kota bharu, abang2, makcik pakcik dari kedah, kami sekeluarga dari kl, adik sorang lagi dari tg karang. Semua gerak pagi Jumaat sebab nak sampai ke teluk batik lepas solat Jumaat.

Kakak tempah 1 chalet kenangan pak man ni rm265 untuk 2 bilik 1 tandas. Keadaan rumah tu Ya Allah. Hihi.. Chalet stail rumah kampung kan. Tapi pihak Owner saya cadangkan baikpulih la chalet ni secantiknya sebab sayang, lokasinya sangat strategik berdekatan pantai. Jalan kaki je beberapa langkah.

Kira macam percutian keluarga secara tidak sengaja. Hehe. Alhamdulillah. Happy. Enjoy dok ramai2 tau. Seronok.


Ni pandangan depan chalet 2 bilik kami sewa. Ala2 rumah kampung. Macam rumah kampung tinggal pun ye juga. Hihi.


Peta lokasi-lokasi rumah untuk chalet pak man ni. Memang dekat dengan pantai kan. Itu je kelebihan chalet ni. Viewnya yang cantik. Pada yang suka memancing macam suami mija,  boleh memancing. Dapat la ikan cermin 


Pandangan dari depan rumah. Memang sangat2 dekat dengan pantai



Monyet ready nak mencuri.  Haha
Sampai je semua kelaparan sebab tak makan tengahari lagi. Bedal makanan2 yang dibawa


Banyak okay makanan dan sedap2. Rasa lama tak makan masakan mak. Gittew ler + lapar. Hihi


Suasana ruang tamu dalam CHALET tu


Rebung favorite. Sedap gilos.







Lama betul kami tak mandi air laut walaupun selalu ke pantai remis, pantai bagan lalang. Dah bertahun kot. Hari ni berpeluang. Tak tahu apa yang menarik mija untuk mandi. Mungkin air yang sedikit jernih berbanding pantai di kl selangor yang hitam, coklat tu. Hihi.

Okay entry akan bersambung lagi. Stay tuned :p

4 comments:

  1. Kalau cantikkan lagi chalet tu mesti lagi menarik

    ReplyDelete
  2. Chalet kebanyakkan memang tepi pantai kan..sukanya budak2 tu main air

    ReplyDelete
  3. seronok sekali sekala bercuti tanpa dirancang ni,,:)

    ReplyDelete
  4. singgah sini.

    owner tak ambil tahu sangat pasal chalet tu ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...