Followers

Google+ Followers

Thursday, September 10, 2015

MLM TAK PERNAH SALAH, YANG SALAH ADALAH MANUSIA MEMANIPULASIKAN



Bila sebut MLM, saya pasti ramai yang geleng kepala. Trauma pun ada kan? Jujur saya cakap dulu saya juga begitu. Bila sebut MLM, apa yang saya fikir adalah tipu, skim cepat kaya, kejar downline, kena jumpa orang 24/7 dan kena manis mulut. Kena meeting tiap-tiap malam yang mana mengganggu aktiviti keluarga.

Saya join Shaklee sebab saya suka produknya yang beri kesan positif terhadap diri saya dan keluarga. Bila kaji sistem, alhamdulillah. MLM yang sangat adil. Walaupun upline, tapi kalau malas buat sales, memang tak kemana. Untuk Shaklee, bisnes ini berdasarkan sales. Ada 1000 downlines pun kalau sales 0, memang tak dapat apa-apa. Berbeza dengan sesetengah MLM, kalau register orang, dapat imbuhan, kan? pernah tak tahu? Sebab tu kita kena tahu apa yang kita buat supaya kita tidak tertipu.

Masa Zaman University, malah masa zaman Matrik Uia di PJ lagi tengah ‘glamer’ macam-macam MLM. Habis duit biasiswa dan PTPTN dilabur demi sebuah janji. Kesudahannya habis kat situ je. Duit hilang entah kemana. Hari2 berjimat cermat sebab duit dah habis dilabur. (nasib baik saya tak terjoin) syukur.


Sebenarnya MLM (multilevel marketing) ni tak pernah menipu. MLM merupakan antara 5 cara pemasaran yang boleh digunakan untuk menjual produk/perkhidmatan kepada pelanggan. (tapi ramai orang salah gunakan teknik ni dengan menindas orang). MLM Juga dikenali dengan network marketing dimana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri. Shaklee menggunakan kaedah MLM untuk mengedarkan produknya (sebab tu tiada artis khas jadi duta. Pengedar tu sendiri adalah artis):P

Jom semak kriteria MLM patuh syariah yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. Artikel penuh boleh baca di sini :

Menurut artikel dari zaharuddin.net, Menjual produk yang diperjual belikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa adalah amat tidak digalakkan menurut Islam. Harga produk2 Shaklee jauh lebih rendah dari jenama2 yang setara kualiti (vit C sebiji 50sen, BComplex 40sen, multivitamin 100tahun tu 60sen. Tu baru sikit contoh. Semak dulu sebelum cop produk ni mahal). Harga produk untuk ahli adalah sama untuk setiap orang (hatta orang tu Master sekalipun) korang beli ESP rmxxx, saya pun sama. Mana-mana ahli yang berdaftar tidak kira pangkat beli produk dengan harga yang sama. Sesetengah MLM lain, bila dah pangkat besar, diorang dapat beli dengan harga lagi murah. Tapi Shaklee takde macam tu.

Ada syarikat MLM yang fokus jual beli orang bukan jual beli produk. Sampai ada yang buat personal loan, student gunakan ptptn untuk join MLM dengan harapan dapat apa yang dijanjikan. Ada pengedar MLM yang menyalahgunakan pelan syarikat dengan mempengaruhi ahli melaburkan duit beribu2 atau membuat hutang puluh ribu untuk membeli pangkat Dalam Shaklee, saya sebagai leader, Saya tak dapat apa2 komisyen kalau dowline tu dah level jauh ke dalam bawah saya (dapat sampai level ke-6 sahaja itu pun ada syarat saya kene capai. Maksudnya saya kena kerja keras gak). MLM ni tak menindas tapi manusia sendiri yang suke menindas diri sendiri,zalim dengan diri sendiri (takde loan,pi buat loan,takde hutang pi tambah hutang).

Dalam organisasi saya pun ada je downline yang bonus/rank lebih tinggi dari upline ( siapa usaha lebih dapat lebih). Bonus utama Shaklee adalah berbentuk cash (tapi bukan semata2 recruit orang tanpa membuat jualan).

Untuk pengetahuan semua, Shaklee diiktiraf sebagai BEST MLM BRAND dalam produk nutrisi oleh BrandLaureate pada tahun 2014/2015. Shaklee Syarikat PERTAMA di dunia yang mendapat Sijil Pengiktirafan 'Climate Neutral & offset its CO2 Emissions'. Sebahagian besar keuntungan company,Shaklee dalam rm250juta setahun dilaburkan kembali shanya untuk kerja-kerja Research & Development (R&D), kajian dan pengujian. Shaklee peruntukkan 3billion tahun lepas untuk dibayar kepada pengedar2.

Ada amal ada hasil. Maksudnya kalau nak buat bisnes MLM kena rajin. Pilih MLM yg sahih produk dan sistem pemasaran menindas atau tidak. Duit takde yang datang bergolek. Shaklee bukan skim cepat kaya. Kalau nak kena usaha.

Perkongsian MLM berdasarkan pengalaman saya sendiri sahaja. Jadi semoga bermanfaat untuk anda yang selama ini skeptikal dengan MLM. Anda tidak perlu takut dengan bisnes MLM asalkan bisnes MLM yang anda pilih itu betul. Jadi kajilah produk dan syarikat MLM yang anda ingin sertai sebelum anda laburkan apa-apa modal dan tenaga anda. All the best..!

‪#‎kelabloggerjutawan‬
‪#‎korangtautak‬

‪#‎kttshaklee‬

11 comments:

  1. kena betulkan persepsi kan..mungkin yang pernah terkena terasa serik..

    ReplyDelete
  2. bila sorang buat taik, habesla semuanya org label sama. kan?

    ReplyDelete
  3. hm...kerana nila rosak susu sebelanga..ungkapan yg paling tepat..singaah bw sini...done follow...sudi2knlah follow blog saya juga ya..;)

    ReplyDelete
  4. Pada Zumal, MLM macam Shaklee nie ok dan kurang faktor dimanipulasi tapi ada MLM yang semata-mata ditubuhkan untuk mengenakan orang, terutama yang tiada produk dan ada juga yang ada produk pada harga tak masuk akal.

    ReplyDelete
  5. Sama jer tanggapan org ni Miza ....sebab kita tak join MLMkan tp bila dah join, tanggapan dah berbeza...
    Apa pun pendapat masing masingkan....masing masing berhak memilih....
    Okje tak pernah guna Shaklee ni

    ReplyDelete
  6. Ada MLM yg based keuntungan adalah untung ats angin. Bg sy kalau MLM jual brg, ok je. Sbb asas perniagaan samada jual brg atau servis. Tp ada MLM yg kena cari org bwh, org reg kita dpt duit. Setahu sy sbg org yg berilmu cetek ni, untung ats angin adalah haram. Jd pandai2 lah kita pilih

    ReplyDelete
  7. Pernah join MLM yang hanya perlu cari orang. Produk takde. Kalau dapat cari orang baru dapat income dia. Tapi last2 berhenti sebab rasa macam susah nak cari orang..hehe. Nasib modal dia kecik je

    ReplyDelete
  8. Orang yang pusing pusing tu salah, hehe.

    BTW, susah nak komen kat blog ni sebab takde Name dan URL. Good luck!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...