Followers

Google+ Followers

Tuesday, September 8, 2015

RAHSIA TEKNIK MENERAN DENGAN BETUL

Assalamualaikum semuaa..! Sehari tak Update blog rasa tak lengkap kerja harian. Hehe. Hari ni saya nak berkongsi tentang TEKNIK meneran yang betul untuk bakal2 ibu yang akan bersalin terutamanya kelahiran Anak sulung untuk mengelakkan dijahit. Percayalah, saat akhir dan bakal berjumpa cahaya mata anda adalah saat yang paling berharga dalam hidup kita walau ianya menyakitkan tau. Saat-saat itu lah yang akan kita rindukan bila diorang besar nanti. ;)

Kadang-kala ibu akan terasa mahu meneran sebelum bukaan serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor biasanya akan nasihatkan supaya  jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks untuk mengembang sendiri. Biasanya doktor akan suruh kita meneran sekiranya dah mencapai bukaan Penuh serviks, biasanya 10cm.

Bagaimana meneran dengan betul?

1. Jangan panik!

Pertama sekali kita perlu pandai mengawal keadaan, iaitu bertenang bila sakit kontraksi berlaku. Cara mudah untuk mengawal rasa sakit kontraksi ialah tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan lahan melalui mulut. ulang setiap kali kontraksi. Jika kontraksi makin kerap tarik nafas laju-laju dan hembus (sedut melalui mulut dan lepas melalui mulut juga!)

2. Jangan menangis!

Menangis ketika proses meneran adalah perkara sia-sia, di mana akan membuatkan emosi kita makin terganggu dan menambah kesulitan kepada bayi apabila ibu berada dalam keadaan stress. Tabahlah wahai wanita, sesungguhnya kita dilahirkan ke muka bumi ini sebagai wanita yang kuat. sesungguhnya kesakitan yang kita hadapi adalah bersesuaian dengan tahap ketahanan diri kita.

3. Jangan Menjerit

Ramai yang menjerit ketika meneran, kononnya untuk mendapat kekuatan ketika meneran. Sebenarnya salah sama sekali, dimana apabila menjerit kita telah menggunakan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk meneran. Proses meneran dengan betul adalah tanpa bersuara.

4. Jangan angkat Bontot

Kesakitan yang dialami ketika kontraksi bersalin membuatkan kita hilang kawalan dan tanpa sedar dalam proses meneran kita mengangkat bontot. Perkara ini akan membuatkan berlaku koyakan besar pada kawasan perinium.

5. Jangan pejam mata

kita menggunakan tenaga yang banyak dan sekuatnya untuk meneran mengeluarkan seorang bayi. Jadi jika kita pejam mata dikhuatiri akan menyebabkan pembuluh mata akan pecah.


Teknik pernafasan mudah

Latihan teknik-teknik relaks semasa hamil dapat membantu anda menggunakannya dengan efektif semasa proses kelahiran. Cubalah teknik-teknik pernafasan berikut:

  1. Fikirkan perkataan "relaks". Ia mempunyai dua suku kata, "re" dan "laks". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "re" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "laks". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "relaks" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "laaaks". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya
  2. Atau anda boleh cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas. 
  3. Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering. 








1 comment:

  1. Tak pernah meneran Miza ...sebab beranak semua operate.....huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...